
25 Julai 2026 | 13 Safar 1448H : Program Kesedaran Kelestarian: EcoKids Penjimatan Tenaga dan Penjagaan Alam Sekitar dalam Kalangan Kanak-Kanak Komuniti Dengkil telah dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang kepentingan penjimatan tenaga melalui aktiviti pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Program ini merangkumi Sesi Cerita Hijau, penerangan mengenai konsep kelestarian dan amalan penjimatan tenaga serta demonstrasi penghasilan tenaga daripada solar, turbin angin dan air garam. Selain itu, peserta yang terdiri dalam kalangan kanak-kanak juga berpeluang mencuba memasang litar elektrik secara berkumpulan. Program telah berjalan lancar dengan penyertaan seramai 35 orang kanak-kanak daripada komuniti Dengkil yang menunjukkan penglibatan dan minat yang tinggi sepanjang aktiviti dijalankan.
#UiTMdiHatiku
#MalaysiaMadani
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
#ptarucs




