Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak akan menganjurkan Program Jom Membaca Bersama 10 Minit yang bertujuan untuk menyemai budaya membaca dalam kalangan warga serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan ilmu pengetahuan.
Butiran program adalah seperti berikut:
📅 Tarikh: 23 April 2026
🕙 Masa: Pukul 11.00 pagi – 11.10 pagi
📍 Tempat: Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak dan sekitar Hospital Al-Sultan Abdullah
Sehubungan itu, semua warga Hospital Al-Sultan Abdullah adalah dijemput untuk meluangkan masa selama 10 minit bagi membaca bahan pilihan masing-masing secara serentak.
Kerjasama dan sokongan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dalam menjayakan program ini.
Jangan lupa kongsikan momen membaca anda dalam bentuk gambar atau video sebagai tanda sokongan. Warga HASA juga dijemput untuk menghantar kapsyen menarik berkaitan “Membaca 10 Minit” melalui https://drive.google.com/drive/folders/1JB00zvl2LMVIxhqKvfFXUU4ATlJ9Lbqu?usp=sharing.
Sekian, terima kasih.
