Penerbitan Artikel Akses Terbuka
Springer Nature (2025–2027)
UiTM bersama 19 Universiti Awam lain telah menyertai Model Transformative Agreement Springer Nature bagi tempoh 2025 hingga 2027. Melalui inisiatif ini, warga akademik UiTM berpeluang:
- Mengakses lebih 2,000+ jurnal Springer Nature (liputan dari tahun 1997 hingga kini)
- Menerbitkan artikel secara akses terbuka (open access) tanpa caj pemprosesan artikel (APC)
Tawaran Pembiayaan APCbagi Warga Akademik UiTM
Pembiayaan APC ini dibiayai oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan UiTM, khas untuk staf akademik UiTM yang memenuhi syarat, bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2026.
Sebanyak 20 artikel diperuntukkan kepada UiTM untuk tahun 2026.
*sehingga 3 Jun 2026
Kriteria Permohonan
Permohonan pembiayaan APC melalui sistem Article Approval Service (AAS) akan dipertimbangkan bagi artikel yang memenuhi syarat berikut:
1. Penulis utama (corresponding author) adalah staf UiTM.
2. Penulis hendaklah menggunakan emel rasmi UiTM. Sekiranya penulis utama mempunyai afiliasi lebih dari satu, perlu pastikan afiliasi pertama adalah UiTM.
3. Artikel perlu menyatakan penghargaan (acknowledgement) kepada UiTM.
4. Artikel hendaklah diterbitkan di dalam jurnal hibrid Springer Nature (langganan dan akses terbuka) yang diindeks di dalam Web of Science (WoS) dengan kriteria Journal Impact Factor berikut. Sila semak di Journal Citation Reports (JCR):
• Science Citation Index Expanded (SCIE): Q1 sahaja
• Social Sciences Citation Index (SSCI): Q1 hingga Q4
• Arts & Humanities Citation Index (AHCI): Q1 hingga Q4
• Emerging Sources Citation Index (ESCI): TIDAK DITERIMA
5. Tiada geran penyelidikan aktif digunakan.
6. Terhad kepada artikel penyelidikan asal (original research) dan artikel ulasan (review article) sahaja.
Tatacara Penggunaan Journal Finder
- Layari link.springer.com/journals/journal-finder
- Masukkan tajuk / abstrak / kata kunci artikel anda (sehingga 5,000 aksara)
- (Pilihan) Pilih institusi anda jika mahu mendapatkan diskaun yuran OA
- Klik Find Journals
Sistem akan memaparkan cadangan jurnal sesuai lengkap dengan maklumat seperti Impak Faktor, masa semakan, dan jenis akses.
Semak jurnal dengan paparan maklumat 
Semak maklumat Journal Impact Factor (JIF) melalui Journal Citation Report (JCR) dan pastikan Q1 atau Q2.
Sebarang pertanyaan sila hubungi
Puan Dr. Hajah Adlina Abdullah
Pengarah,
Bahagian Sumber Rujukan Universiti
✉️
Encik Shahrol Nizam bin Johol
Timbalan Ketua Pustakawan,
Unit Sumber Elektronik
✉️
Ir. Dr.-Ing. Amizon Azizan
Ketua Unit Etika dan Penerbitan, RMC
✉️




