Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Penerbitan Artikel Akses Terbuka Dalam Springer Nature

Penerbitan Artikel Akses Terbuka
Springer Nature (2025–2027)

UiTM bersama 19 Universiti Awam lain telah menyertai Model Transformative Agreement Springer Nature bagi tempoh 2025 hingga 2027. Melalui inisiatif ini, warga akademik UiTM berpeluang:

  1. Mengakses lebih 2,000+ jurnal Springer Nature (liputan dari tahun 1997 hingga kini)
  2. Menerbitkan artikel secara akses terbuka (open access) tanpa caj pemprosesan artikel (APC)

Tawaran Pembiayaan APC bagi Warga UiTM

Pembiayaan APC ini dibiayai oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan UiTM, khas untuk staf akademik UiTM yang memenuhi syarat, bermula 15 Mei hingga 31 Disember 2025.

Sebanyak 19 artikel diperuntukkan kepada UiTM untuk tahun 2025.

Kuota
0
Permohonan
0
/19

*sehingga 2 Julai 2025

Kriteria Permohonan

Permohonan pembiayaan APC melalui sistem Article Approval Service (AAS) akan dipertimbangkan bagi artikel yang memenuhi syarat berikut:

  1. Penulis utama (corresponding author) adalah dari UiTM.
  2. Artikel diterima untuk penerbitan dalam jurnal hibrid Springer Nature yang termasuk dalam Q1 atau Q2 senarai Web of Science (WoS):
    • Science Citation Index Expanded (SCIE)
    • Social Sciences Citation Index (SSCI)
    • Arts & Humanities Citation Index (AHCI)
      Jurnal dalam Emerging Sources Citation Index (ESCI) tidak layak.
  3. Tiada geran penyelidikan aktif digunakan.
  4. Artikel menyatakan penghargaan (acknowledgement) kepada UiTM.

Sebarang pertanyaan sila hubungi

Puan Aznur Umiza Abu Kassim
Pengarah,
Bahagian Sumber Rujukan Universiti
✉️ This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | ☎️ 03-55443796

Puan Shahidatul Akhmam Rambeli
Timbalan Ketua Pustakawan,
Unit Sumber Elektronik
✉️ This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | ☎️ 03-55443747

Ir. Dr.-Ing. Amizon Azizan
Ketua Unit Etika dan Penerbitan, RMC
✉️ This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | ☎️ 03-55442744

Please publish modules in offcanvas position.