- PTAR Dengkil
- News
- Hits: 3
Program Kesedaran Kelestarian: Ecokids Penjimatan Tenaga Dan Penjagaan Alam Sekitar Dalam Kalangan Kanak-Kanak Komuniti Dengkil
27 Jun 2026 | 13 Muharam 1448H : Program Kesedaran Kelestarian: EcoKids Penjimatan Tenaga dan Penjagaan Alam Sekitar dalam Kalangan Kanak-Kanak Komuniti Dengkil telah dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang kepentingan penjimatan tenaga dan penjagaan alam sekitar melalui aktiviti pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Program ini merangkumi Sesi Cerita Hijau, penerangan mengenai konsep kelestarian dan amalan penjimatan tenaga, serta aktiviti Eco Detective & Energy Hunt yang melibatkan permainan interaktif dan penghasilan tong sampah mini. Program telah berjalan lancar dengan penyertaan seramai 35 orang kanak-kanak daripada komuniti Dengkil yang menunjukkan penglibatan dan minat yang tinggi sepanjang aktiviti dijalankan.
#UiTMdiHatiku
#MalaysiaMadani
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
#ptarucs

























