Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Sorotan Program Talaqqi Kerohanian Siri 1: Al-Fatihah Penawar Yang Baik

Alhamdulillah, program yang telah berlangsung pada 23 April 2026 di Ruang Bacaan, PPTAR HASA berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

🎙 Penceramah: Ustaz Muhammad Luqman Baa’in dari Unit Spiritualiti, Hospital Al-Sultan Abdullah

Program talaqqi ini memberi penekanan kepada penghayatan, tadabbur dan kefahaman Surah Al-Fatihah sebagai penawar jiwa serta sumber ketenangan dalam kehidupan seharian. Pendekatan talaqqi turut membantu peserta memperbetulkan bacaan di samping memahami makna setiap ayat dengan lebih mendalam.
Program ini merupakan kolaborasi antara PPTAR dan Unit Spiritualiti HASA, sebagai inisiatif memperkasa pengisian rohani dan budaya ilmu.

Sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 683 peserta secara fizikal dan dalam talian, melibatkan warga HASA, alumni serta komuniti setempat.

Semoga ilmu yang dikongsikan memberi manfaat berterusan dan menjadi asbab ketenangan serta keberkatan dalam kehidupan.

 

Tags: ,