Memperkasa Literasi Kesihatan: Persiapan Webinar Bersiri 2026
Pada 22 April 2026,satu sesi perbincangan santai telah diadakan bersama YBrs. Profesor Dr. Farnaza @ Farnaz Ariffin, Timbalan Ketua Jabatan Perubatan Penjagaan Primer HASA, bagi membincangkan penganjuran Program Webinar Bersiri yang dijadualkan berlangsung pada Jun 2026.
Program ini merupakan hasil kolaborasi antara Maternofoetal Embryo Research Group (MatE) dan Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, HASA, yang memfokuskan kepada topik kehamilan yang harmoni.
Webinar ini disasarkan kepada orang awam, khususnya pasangan yang merancang kehamilan, dengan tujuan:
✔️ Memberi informasi kesihatan yang tepat
✔️ Meningkatkan literasi kesihatan reproduktif
✔️ Memberi pemahaman tentang perkembangan serta keselamatan ibu dan kandungan
Perbincangan ini turut dihadiri oleh Puan Noor Azlin Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP) bersama YBrs. Profesor Dr. Farnaza, serta dibantu oleh Puan Fasihah Abdul Wahab dan Puan Maizatul Akmal.
Antara perkara yang dibincangkan:
🔹 Gerak kerja pelaksanaan program
🔹 Status permohonan khidmat pengurusan majlis daripada Jabatan Komunikasi Korporat
🔹 Penubuhan jawatankuasa
🔹 Perancangan teknikal dan penyelarasan program
Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat dalam membina kesedaran dan pengetahuan berkaitan kehamilan yang sihat dan selamat.
