- PTAR Hospital
- News
- Hits: 345
Executive Talk Siri 6/2025: Masa Depan Populasi Malaysia – Cabaran Demografi dan Kesihatan Reproduktif
22 Oktober 2025 | 30 Rabiul Akhir 1447H
Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) dengan kerjasama Institut Sosial Malaysia (ISM) telah menganjurkan Program Executive Talk Siri 6/2025 bertemakan “Masa Depan Populasi Malaysia: Cabaran Demografi dan Kesihatan Reproduktif”. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang keperluan pendekatan bersepadu dalam menangani isu demografi dan kesihatan reproduktif, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
