- PTAR, Shah Alam
- News
- Hits: 111
Sumbangan koleksi Jawi untuk Perpustakaan UiTM
Shah Alam, 15 Ogos 2025 – Perpustakaan UiTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Mohammad Sufian Abdul Manan dari Penerbit UiTM atas sumbangan berharga berupa koleksi Jawi yang penuh makna dalam memperkayakan khazanah ilmu bangsa.
- Perpustakaan UiTM menerima sumbangan koleksi Jawi daripada En. Mohammad Sufian Abdul Manan, Penerbit UiTM.
- Koleksi nadir termasuk novel, majalah & epigrafi Islam.
- Khazanah penting perkukuh warisan penulisan Jawi.
Antara koleksi yang disumbangkan termasuk:
- Novel Jawi DBP: Tempat Jatuh Lagi Dikenang (Adibah Amin, 1988) dan Hanya Sampai di Sini (Talib Samat, 1993).
- Majalah Mastika (Jawi), Oktober 1957 – kategori nadir yang memuatkan liputan istimewa tentang Kemerdekaan Tanah Melayu.
- Epigrafi Islam Terawal di Nusantara (Dr. Othman Mohd. Yatim & Abdul Halim Nasir).
Penyerahan koleksi ini telah diterima oleh En. Abdul Razak Abdul Rahman bagi pihak Perpustakaan UiTM. Koleksi ini akan menjadi khazanah penting dalam memperkukuh warisan penulisan Jawi serta memperkayakan bahan rujukan untuk warga akademia dan masyarakat.

