Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Projek Transporter Tesis 2.0 berjaya dilaksanakan

Shah Alam, 15 Ogos 2025 – Jabatan Perpustakaan UiTM Shah Alam telah melaksanakan Projek Transporter Tesis 2.0 pada 14 dan 15 Ogos 2025 dengan jayanya. Projek ini dijalankan di Aras 4 dan Aras 2 perpustakaan, melibatkan beberapa aktiviti utama seperti mengikat dan melabel tesis, memindahkan tesis ke ruang transit serta menyusun semula bahan di rak bagi mewujudkan ruang baharu untuk kegunaan pengguna.

Seramai 30 orang staf dari pelbagai bahagian dan unit telah berganding bahu menjayakan projek ini. Hasil kerjasama dan koordinasi yang mantap, sebanyak 2,300 bahan berjaya dipindahkan secara teratur dan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Projek ini bukan sahaja melibatkan usaha fizikal dalam pengurusan koleksi, malah turut mencerminkan semangat kerja berpasukan yang tinggi dalam kalangan warga perpustakaan. Kejayaan ini diharapkan dapat meningkatkan keberkesanan susun atur koleksi dan memberi nilai tambah kepada pengguna perpustakaan.

Jabatan Perpustakaan UiTM Shah Alam merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua staf yang telah memberikan komitmen penuh sehingga projek ini dapat diselesaikan dengan baik.

Tags: ,