Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Perpustakaan Tun Dr. Ismail Kampus Pasir Gudang Anjur Sesi Meet And Greet, Erat Hubungan Antara Warga Kampus

Pasir Gudang, 14 Ogos 2025Sesi Meet & Greet 2025 anjuran Perpustakaan Tun Dr. Ismail, UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Ogos 2025 dimulai dengan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal pada jam 10.00 pagi, diikuti dengan Fakulti Sains Gunaan pada jam 10.45 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari yang disertai oleh wakil Arshad Ayub Graduate Business School.

Program ini merupakan platform yang memperkukuh hubungan antara pihak perpustakaan dan fakulti, di samping berkongsi maklumat mengenai perkhidmatan, kemudahan terkini, serta sumber rujukan bercetak dan digital yang disediakan.
 
Program ini turut memberi peluang mendapatkan maklum balas bagi penambahbaikan perkhidmatan, membentangkan statistik penggunaan perpustakaan, memperkenalkan inisiatif My Reading Permata, portal eLIB, dan aplikasi OOKBEE Buffet @ PNM, serta menggalakkan budaya membaca dalam kalangan warga universiti.
 
Melalui sesi ini, perpustakaan menzahirkan komitmen untuk terus menyokong aspirasi akademik universiti dengan menyediakan kemudahan berkualiti, memperkukuh kerjasama strategik, dan memacu inovasi perkhidmatan demi manfaat seluruh warga kampus.
 
 
Tags: ,