Library News

Program Pertandingan Speaker’s Corner @ PTAR Alam Bina

30 Julai 2025 – PTAR Alam Bina telah menganjurkan Program Pertandingan Speaker’s Corner bersempena Hari Kemerdekaan bertemakan “Merdeka! Mahasiswa, Generasi dan Harapan”. Program selama dua jam ini disertai oleh tiga orang pelajar latihan industri, iaitu Cik Nur Arfa Binti Basiran, Cik Nur Hafizah Binti Ibrahim dan Cik Nur Lisa Binti Shamsul Anuar, pelajar Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan, UiTM Cawangan Selangor.
Melalui penganjuran ini, peserta berpeluang meningkatkan keyakinan diri, memperkukuh kemahiran komunikasi, dan memantapkan kemampuan pengucapan awam. Di samping itu, penyertaan ini turut memperkayakan pengalaman latihan industri dengan memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan pengetahuan akademik dalam situasi sebenar.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Tags: ,