Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Sesi Pembentangan Pencapaian Prestasi Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM Suku Kedua (Q2) Tahun 2025

Shah Alam, 14 Ogos 2025Sesi Pembentangan Pencapaian Prestasi Perancangan Strategik Suku Kedua (Q2) Tahun 2025 Jabatan Perpustakaan UiTM telah berlangsung dengan jayanya secara dalam talian melalui platform Google Meet, melibatkan penyertaan warga Perpustakaan UiTM dari seluruh Malaysia.

Sesi ini menampilkan pembentangan pencapaian petunjuk prestasi dan 23 inisiatif utama oleh Puan Nor Azwani Binti Mohamad, Timbalan Ketua Pustakawan merangkap Ketua Unit Dasar dan Perancangan Strategik, Jabatan Perpustakaan. Pembentangan ini memberi gambaran jelas mengenai perkembangan semasa dan pencapaian strategik yang telah dirancang bagi memastikan hala tuju perpustakaan selari dengan visi dan misi UiTM.

Majlis turut disempurnakan dengan ucapan penggulungan oleh YBrs Ts Hj. Azizi Hj. Jantan, yang menekankan kepentingan mengekalkan momentum kecemerlangan dan mengamalkan budaya kerja yang produktif. Beliau juga menyampaikan amanat agar seluruh warga perpustakaan terus komited dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan serta memperkukuh peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu yang relevan dan berdaya saing.

Pihak pengurusan Jabatan Perpustakaan merakamkan penghargaan kepada semua perpustakaan UiTM atas dedikasi dan usaha berterusan dalam mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga perpustakaan yang telah menunjukkan pencapaian membanggakan pada suku kedua tahun ini.

Tags: ,