Alhamdulillah, TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) yang telah berjaya merangkul gelaran JUARA bagi kategori Peringkat Bahagian/Jabatan/Pusat/Unit bagi Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2022.
Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM 2022 – Transformasi Minda Ke Arah Inovasi Global anjuran Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) ini telah diadakan di Dewan Berlian, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.
Tahniah juga diucapkan kepada kesemua 17 kategori Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan 27 kategori Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) yang telah mengambil bahagian pada tahun ini yang melibatkan UiTM bagi setiap cawangan di Malaysia.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh keluarga PTAR khususnya kepada penulis-penulis AKNC.
#keluargaUiTM
#uitm
#uitmdihatiku
#libraryforall

TAHNIAH dan SYABAS juga diucapkan kepada kumpulan KIK PTAR, BLITZ dengan membawa projek Executive Information System (EIS) yang telah menerima penarafan EMAS dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat UiTM tahun 2022 yang telah diadakan di UiTM Cawangan Perak pada 17-18 Oktober 2022.
Tahniah diucapkan kepada kumpulan KIK PTAR BLITZ:
1. Puan Azura binti Mohamad Hashim (Fasilitator)
2. Cik Laily Hafidzun binti Shukri (Ketua Kumpulan)
3. Cik Ummi Halimatunssaadiyyah binti Shamsul Yuzli
4. Puan Zuraidah binti Md Hassan
5. Puan Nik Nurshihah binti Muhamad
6. Encik Mohd Hazri bin Abdul Karim
7. Encik Remie bin Salleh Udin
Teruskan melahirkan idea-idea yang inovatif dan kreatif di masa akan datang dan sokongan saya sentiasa bersama PTAR.
#keluargaUiTM
#uitm
#uitmdihatiku
#libraryforall


Sumber : Dewankosmik https://dewankosmik.jendeladbp.my/2022/10/28/4473/
Perpustakaan merupakan sebuah pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat yang telah beroperasi sejak sekian lamanya. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi mengangkat martabat ilmu melalui perpustakaan. Ia bertujuan untuk memenuhi fungsi asasnya sebagai pusat perkongsian sumber maklumat yang sahih dan memiliki kredibiliti yang tinggi. Usaha ini jelas berpaksikan kepada agenda mengarus perdanakan pembelajaran sepanjang hayat.
Sejak tertubuhnya perpustakaan akademik pertama di Pakistan sekitar tiga ribu (3,000) tahun yang lalu, fungsi perpustakaan telah memberikan manfaat yang sangat besar terhadap jutaan pengguna di seluruh dunia. Dewasa ini, kemajuan teknologi dan pembangunan aplikasi pintar telah mencipta medium baharu perkongsian sumber maklumat dan tempoh masa memperolehi maklumat juga semakin pantas.
Konsep ‘Perkhidmatan Secara Personal’ atau Personalised Services telah menjadi suatu tarikan baharu di kalangan penyedia perkhidmatan moden. Perkhidmatan ini menyediakan pengalaman pelanggan yang disesuaikan dengan keperluan dan pilihan individu. Tidak terkecuali perkhidmatan perpustakaan yang berpotensi menjadi pilihan pengguna masa kini bagi memenuhi keperluan mereka mendapatkan maklumat yang tepat, pantas dan terkini.
Menyedari keperluan semasa, Perpustakaan Digital UiTM telah membangunkan aplikasi mudah alih dan portal perpustakaan yang dikenali sebagai Mobile App@UiTM dan portal MyKM (My Knowledge Management Portal).Kedua-dua perkhidmatan digital ini menawarkan perkhidmatan perpustakaan secara personal, pengaksesan di seluruh dunia dan pada bila-bila masa, khusus buat pengguna perpustakaan di UiTM.
Antara kelebihan utama Mobile App@UiTM ini ialah aksesibiliti terhadap perkhidmatan dan koleksi perpustakaan secara mudah, pantas dan tanpa kos. Seperti aplikasi lain, Mobile App@UiTM boleh diperolehi dengan mudah dengan cara memuat turun aplikasi daripada laman web Perpustakaan Digital UiTM ke telefon pintar pengguna.
Mobile App@UiTM menawarkan maklumat tentang perpustakaan yang perlu diketahui oleh pengguna khususnya para mahasiswa sepanjang tempoh pengajian mereka di universiti. Aplikasi ini dibangunkan dengan cukup ringkas, padat dan interaktif bersesuaian dengan gaya hidup masakini. Kepelbagaian akses terhadap perkhidmatan dan koleksi perpustakaan ini mampu melonjak prestasi penggunaan perpustakaan.
Mobile App@UiTM juga menawarkan menu pencarian maklumat sehenti. Umum mengetahui perpustakaan mempunyai koleksi maklumat yang pelbagai seperti e-buku, buku audio, e-artikel, e-jurnal, peta digital, e-tesis dan e-persidangan. Malah kepelbagaian bentuk maklumat elektronik ini turut tersedia dalam bentuk bercetak.
Menerusi menu pencarian maklumat sehenti ini, kesemua bentuk maklumat ini telah diintegrasi bagi memudahkan pemilihan maklumat penuntut terutamanya di dalam aktiviti penyelidikan. Lebih daripada itu, maklumat judul-judul pilihan akan disimpan bagi memudahkan pengesanan maklumat tersebut pada bila-bila masa.
Rekod identifikasi diri sebagai mahasiswa universiti turut disimpan di dalam Mobile App@UiTM. Kemudahan ini amat bertepatan dengan konsep perkongsian sumber antara perpustakaan di bawah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang telah membenarkan akses sumber maklumat dilakukan oleh mahasiswa universiti di mana-mana perpustakaan akademik seluruh Malaysia. Dengan hanya mempamerkan identifikasi diri sebagai mahasiswa universiti, aksesibiliti terhadap sumber maklumat yang amat luas dan pelbagai telah tersedia.
Selain itu, Portal MyKM ialah satu lagi medium perkhidmatan secara personal di dalam Perpustakaan Digital UiTM. Kelebihan utama portal MyKM ini adalah penyediaan maklumat secara terperinci dan boleh disusun berdasarkan bidang pengajian mahasiswa.
Dalam hal ini, mahasiswa hanya perlu mengetik masuk ke portal MyKM dan judul-judul terkini koleksi perpustakaan dalam pelbagai bentuk maklumat akan tersenarai untuk dipilih oleh pengguna, termasuklah koleksi digital kertas soalan peperiksaan.
Sementara itu, buat para penyelidik dan pensyarah UiTM yang telah berjaya menerbitkan hasil penyelidikan mereka di jurnal-jurnal berindeks dan berimpak, portal MyKM turut menawarkan menu My Article. Menu ini mengandungi maklumat terkini h-indeks setiap penulis. Maklumat indeks sitasi penerbitan oleh penyelidik ini sentiasa dikemaskini dan amat berguna untuk menggalakkan produktiviti penulisan penyelidikan.
Tidak ketinggalan juga adalah kemudahan khusus buat Golongan Kurang Upaya (OKU) turut diambilkira keperluannya di dalam perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan secara personal ini. Kemudahan pengaksesan maklumat di dalam Perpustakaan Digital UiTM telah dibahsuai mengikut kesesuaian dan keupayaan golongan ini. Perubahan ini demi menjamin lima perkara yang terkandung di dalam Polisi Pengajian Pelajar Kurang Upaya 2018 UiTM iaitu inklusif, aksesibiliti, kesetaraan, saksama dan fleksibiliti.
Sebagai kesimpulan, Mobile App@UiTM dan Portal MyKM merupakan antara medium penyebaran maklumat perpustakaan yang responsif terhadap perubahan teknologi maklumat dan proses pendigitalan hari ini. Perpustakaan Digital UiTM amat mengambil berat keperluan dan kehendak setiap lapisan kelompok pengguna di dalam persekitaran universiti. Demi mencapai matlamat sebagai Universiti Tersohor tahun 2025, Mobile App@UiTM dan Portal MyKM akan memenuhi keperluan maklumat personal warga universiti dalam era digitalisasi ini.
sumber : Dewankosmik https://dewankosmik.jendeladbp.my/2022/10/28/4473/
Bicara Al-Quran dan Al-Hadith tentang Kejuruteraan,
Anjuran bersama Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan UiTM Shah Alam
Tarikh: 12 Oktober 2022 | Rabu
Masa: 03:00 petang
Panel Jemputan:
Professor Madya Dr Mohd Asmadi Bin Yakob (Pengajian Al-Quran)
Professor Madya Dr Najahudin Bin Lateh (Pengajian Sanad dan Hadis)
Moderator:
Mohd Fitri Bin Ruslan (Pembantu Pustakawan Tertinggi)
Pautan Video: https://youtu.be/_lWVAsdTeQU
Semoga program ini dapat memberi manfaat dan faedah kepada semua di dalam usaha menambah pengetahuan dan galakan perkongsian ilmu di kalangan masyarakat dan warga UiTM.
Untuk makluman semua, program ini disediakan jam latihan (UiTM Sahaja) dan e-sijil.
Pada 7 Oktober 2022 (Jumaat), Satu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Majlis Jasamu Dikenang (MJD) tahun 2022 bagi Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan Naib Canselor telah diadakan di Anjung Seri Budiman.
Tahniah dan syabas diucapakan terutama kepada staf PTAR yang mempunyai rekod prestasi dan pencapaian yang cemerlang serta staf yang telah berkhidmat selama 20, 25 dan 30 tahun di UiTM dan bakal menyempurnakan tempoh perkhidmatan mereka.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada penerima APC :
1. Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan)
2. Puan Hani Liza binti Norfin (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan)
3. Puan Norazlin binti Mohd. Yusof (Pustakawan Kanan)
4. Puan Rizana binti Mohd Radwan (Pustakawan Kanan)
5. Puan Fatimah Munirah binti Shafii (Pembantu Pustakawan Kanan)
6. Puan Norhasima binti Hashim (Pembantu Pustakawan Kanan)
7. Puan Siti Hajar binti Riduan (Pembantu Pustakawan Kanan)
8. Puan Ili Kaiyisah binti Abdul Rahman (Pembantu Pustakawan Kanan)
9. Encik Abdul Muhsin bin Abd Rasid (Pembantu Pustakawan)
10. Puan Nur Fatin Nadia binti Mohamed Nadzri (Pembantu Pustakawan)
11. Encik Mohamad Fairuz bin Abdul Rahim (Pembantu Pemuliharaan)
12. Encik Mohd Norsam bin Yakup (Pembantu Operasi)
Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada penerima MJD :
1. Encik Mohamad As'shari bin Omar (Pembantu Operasi)
2. Encik Rahim bin Ali (Pembantu Operasi)
3. Encik Ahmad Faizar bin Jaafar (Pustakawan Kanan)
Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Ahmad Amiri bin Mohamad, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan yang telah hadir bersama-sama untuk meraikan staf perpustakaan pada malam itu. Tidak lupa juga kepada Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli, Timbalan Ketua Pustakawan yang merupakan wakil PTAR dan telah dilantik menjadi salah seorang ahli jawatankuasa majlis yang bermakna itu.
Diharap dengan penganugerahan ini, ia dapat dijadikan sebagai pemangkin semangat dan dapat memberikan komitmen yang lebih baik serta meningkatkan produktiviti di masa akan datang.
#keluargaUiTM
#uitm
#uitmdihatiku
#libraryforall



Lawatan yang bermula jam 3.15 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang ini turut dihadiri oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan, Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli, Timbalan Ketua Pustakawan dan Puan Siti Salwa binti A.Rahman, Pustakawan Kanan. Manakala dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan adalah Dr. Mohd Zamri bin Abu Bakar, Pensyarah Kanan Jabatan Teknologi dan Pengurusan Rantaian Bekalan, Fakulti Pengurusan Perniagaan.

Tarikh: 28 Jun 2022 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama & Bilik Seminar PTAR
Peserta: 19 orang
Objektif :
a. Memperkasa fungsi dan tugas Pustakawan yang menguruskan hal ehwal Perpustakaan Digital
b. Meningkatkan tahap penggunaan Perpustakaan Digital berdasarkan kepada sasaran tahun 2022

Jabatan Perpustakaan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia
+603 5544 3793 | Consultation Services
+603 5544 3716 | Customer Services
+603 5544 3727 | Corporate Unit
korporatptar@uitm.edu.my