Jabatan Perpustakaan Digital telah menganjurkan siri taklimat perpustakaan digital dengan tajuk Taklimat Pengurusan Pemantauan Laman Web Menggunakan Google Analytic. Taklimat ini disampaikan oleh Ketua Bahagian Pembelajaran Digital, En. Mohd Izwan Bin Salim pada hari Khamis 6 Julai 2023 secara atas talian menggunakan aplikasi Webex.
Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada warga perpustakaan mengenai alikasi web analitik - Google Analytic yang digunakan oleh pentadbir laman web perpustakaan bagi membuat penilaian trafik pengunjung laman web digital perpustakaan.
Sebanyak 11 data analitik dikongsi bagi menilai kandungan laman web perpustakaan digital UiTM.




Bersempena Ekspo Selangah ke UiTM (ESKU) 2023, PTAR juga turut serta membuka reruai bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan perpustakaan seperti Book Delivery, E-Games, keahlian luar dan kajian profil membaca.
Program yang diadakan selama 2 hari bermula 10 hingga 11 Jun ini bertujuan memberi maklumat yang bersepadu mengikut bidang pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi MARA kepada para pelajar lepasan SPM, Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf. UiTM juga turut mensasarkan calon program pasca siswazah bagi ibu bapa dan ahli keluarga yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan PhD.
PTAR sebagai gedung penyedia sumber rujukan universiti memberi sokongan dengan mempromosikan perkhidmatan yang akan membantu para graduan sepanjang tempoh pengajian mereka di universiti ini.
Selain itu, PTAR juga mempromosikan survey profil kajian membaca yang tertujuan mengkaji trend membaca warga UiTM dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
Program 2 hari ini melibatkan seramai 10 Pustakawan PTAR dari perkhidmatan rujukan, perpustakaan digital, sokongan penyelidikan, perolehan bahan dan bahagian korporat.
Kunjungan YBhg. Naib Canselor ke Perpustakaan Tun Abdul Razak telah disambut mesra oleh Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan dan Pengurusan Eksekutif Perpustakaan bersama beberapa lagi staf bertempat di Bilik Mesyuarat PTAR pada pukul 5.00 petang.
Turut hadir bersama YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor ialah:
Lawatan tersebut bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat berkenaan keperluan PTJ disamping mengadakan perbincangan secara komprehensif.






Jabatan Perpustakaan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia
+603 5544 3793 | Consultation Services
+603 5544 3716 | Customer Services
+603 5544 3727 | Corporate Unit
korporatptar@uitm.edu.my