- PTAR, Shah Alam
- News
- Hits: 785

SHAH ALAM, 2 NOVEMBER 2023 – Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini telah mengumumkan pelantikan YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, 55 tahun sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang baharu untuk tempoh 3 tahun berkuatkuasa 2 November 2023 hingga 1 November 2026. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Sarjana Sains dalam bidang Kejuruteraan dari Purdue University West Lafayette, Amerika Syarikat sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Pemprosesan Selari (Parallel Processing) di University of Sheffield, United Kingdom. Beliau mengambil alih tugas yang sebelum ini disandang oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor yang telah memegang jawatan tersebut bermula 9 Ogos 2021 hingga 11 Oktober 2023.
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah menyerahkan watikah pelantikan Naib Canselor baharu Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin di pejabatnya pagi tadi. Hadir sama dalam sesi penyerahan tersebut Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman.
YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin merupakan Profesor Kanan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTeM pada tahun 2013 sebelum menggalas amanah sebagai Naib Canselor UTeM untuk tempoh lima (5) tahun pada tahun berikutnya. Selain memiliki pengalaman kepimpinan di universiti awam, YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin turut memiliki pengalaman pentadbiran di beberapa institusi pendidikan tinggi swasta antaranya Universiti Multimedia (MMU) dan Kolej Yayasan Melaka.
Selain itu, beliau juga memiliki reputasi akademik yang sangat dihormati di dalam dan luar
negara sekali gus mampu meningkatkan keterlihatan universiti dalam memacu kecemerlangan UiTM khususnya dalam era teknologi pengganggu (disruptive technology) hari ini. Beliau turut dilihat berupaya untuk memperkasa UiTM sebagai wadah pendidikan utama negara dalam melahirkan graduan Bumiputera yang berdaya saing dan kalis masa hadapan.
Kementerian dan warga UiTM turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor atas jasa bakti beliau sepanjang menerajui UiTM sebelum ini.
Seluruh warga universiti amat berbesar hati dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin sebagai Naib Canselor UiTM yang baharu. Semoga dengan pelantikan ini, visi dan misi UiTM untuk menjadi sebuah universiti unggul yang cemerlang serta menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional di Malaysia dan antarabangsa akan terus diperkasakan.
Credit : UiTM News Hub

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Inovatif & Kreatif i-Clique, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam kerana berjaya meraih Anugerah Emas di Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif UiTM 2023 yang berlangsung pada 23-25 Oktober 2023.
Projek yang telah dipertandingkan oleh kumpulan ini adalah Library Visitor (LibVisitor).
Ahli Kumpulan Inovatif & Kreatif i-Clique:
Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar - Fasilitator
Erry Ezani Mazlee - Ketua Kumpulan
Nur Lian Halid - Ahli
Nur Fatin Nadia Mohamed Nadzri - Ahli
Nur Azini Azman - Ahli
Muhammad Hazhar Abd. Aziz- Ahli

Pada 23 hingga 25 Oktober yang lepas, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam telah menganjurkan Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2023 bertempat di Anjung Seri Budiman, UiTM Shah Alam. Seramai 20 kumpulan telah terpilih dengan jumlah 200 peserta yang telah memenangi pertandingan KIK Peringkat Zon UiTM. Tema KIK pada kali ke 27 ini adalah
Merealisasikan data Taman Melalui Jaminan Kualiti
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Acara selama 3 hari ini telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dr. Azizah Abdullah, Penolong Naib Canselor Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), UiTM melalui acara simbolik menggunakan peralatan VR.
Melalui program ini PTAR telah membangunkan 1 inovasi baharu iaitu Sistem Penjurian KIK secara atas talian bagi penggantikan kaedah manual (kertas) dan digital Excel. Sistem ini hanya boleh diakses oleh para juri dan moderator KIK sahaja.
Selain itu 2 maklumat sejarah KIK turut dikongsi iaitu sejarah penganjuran KIK UiTM dan sejarah pencapaian Johan KIK UITM. Dokumen KIK kini boleh diakses melalui Repositori Institusi UiTM. Dokumen ini dikumpul dan dimuatnaik ke UiTMIR bagi tujuan ketampakan projek inovasi warga UiTM melalui amalan KIK.
Maklumat foto boleh diakses melalui pautan berikut:
Juri jemputan kami ini adalah dari
manakala juri dalaman terdiri dari En. Husaini Ab Razab, Penolong Pendaftar Kanan (Hal Ehwal Islam), UiTM Cawangan Kelantan dan En. Mohd Risham Jaafar, Felo Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) Hal Ehwal Pelajar, UiTM Caw. Pahang
Terima kasih kepada semua para juri, peserta dan jawatankuasa yang terlibat sepnjang program ini berlangsung.
SHAH ALAM, 11 Januari 2024 - Mesyuarat Kolaborasi Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) telah berlangsung seperti berikut:
Tarikh: 20 Oktober 2023 (Jumaat)
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat, PTAR
Wakil PTAR:
Wakil KPPIM:
Berikut ialah butiran perbincangan:
Sesi penerangan mengenai Paper machine Di sampaikan oleh Teknologis Tuan Haji Azizi Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan menjalankan Tugas Ketua-Pustakawan-UiTM kepada. Tuan Hasmi Hamidan, Pengerusi Majlis Bersama Kebangsaan Am bagi kumpulan Pelaksana Dan Tuan Mohd Fadhli Mohd Noor, Setiausaha Pihak Pekerja merangkap Timbalan Setiausaha 1 CUEPACS.

PUTRAJAYA, 14 SEPTEMBER 2023 - Kunjungan Hormat Ke Atas Ketua Perangkawan Malaysia YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin bertujuan menjalin hubungan kerjasama antara Perpustakan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan Jabatan Perangkaan Malaysia.
Selama sejam, Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Haji Azizi bin Haji Jantan telah membentangkan profail PTAR dan prospek kerjasama dihadapan sebelas orang terdiri daripada pihak pengurusan tertinggi kedua belah pihak .
Hadir bersama Tuan Haji Azizi ialah:
Puan Shahidatul Akhmam Rambeli - Timbalan Ketua Pustakawan
Encik Mohd Izwan Salim - Pustakawan Kanan
Encik Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad - Pembantu Pustakawan Tertinggi
Jabatan Perangkaan Malaysia turut diwakili oleh:
Puan Ezatul Nisha Abdul Rahman - Pengarah, Bahagian Perangkaan Komunikasi Strategik dan Antarabangsa.
Puan Juniadah Ali - Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan
Encik Herzie Mohamed Nordin - Pengarah, Bahagian Integrasi dan Pengurusan Data
Puan Veronica S. Jamilat - Ketua Penolong Pengarah, Core Team Analitik Data Raya
Encik Anuar Abdul Aziz - Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perangkaan Komunikasi Strategik dan Antarabangsa
Kunjungan Hormat telah diadakan pada pagi Khamis bermula jam 9:00 pagi hingga 1:00 petang di Bilik Mesyuarat, Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya.
JERANTUT, 7 September 2023 - Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah mengadakan program Khidmat Masyarakat di dua buah sekolah Hulu Tembeling, Jerantut, Pahang selama empat hari bermula 7 September 2023 hingga 10 September 2023.
Objektif program ini adalah membentuk generasi muda yang celik maklumat dan suka membaca.
Seramai 12 orang terdiri daripada staf perpustakaan dan pelajar Latihan Industri terlibat dalam mengendalikan empat aktiviti di SK Kampung Pagi dan SMK Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.
Staf PTAR diwakili oleh:
Azura Mohamad Hashim
Mohd Hazrul Mohd Hussin
Muhammad Zaidie Bardan
Ummi Halimatunssaadiyya Shamsul Yuzli
Anis Fadilah Zulkifli
Abdul Halim Mohd Daud
Muhammad Hazhar Abdul Aziz
Zayani Zakaria
Muniratul Husna Mohd Zaki (Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM cawangan Pahang)
Berikut ialah pelajar Latihan Industri dari Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM cawangan Pahang:
Muna Farihah Mazul Hisham
Siti Zubaidah Pahrurozi
Syed Mohd Ezam Syed Abd Rahim
Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:
Sambutan pelajar terhadap aktiviti literasi maklumat adalah amat menggalakkan apabila seramai 200 orang pelajar telah mengikuti program Celik Maklumat dan Bacaan Pantas manakala 36 orang pelajar telah menyertai program Galakan Membaca.
Ruang IQRA' Corner yang terbuka, ceria dan terletak di laluan utama pelajar dijangka akan menjadi daya tarikan pelajar untuk membaca.

Jabatan Perpustakaan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia
+603 5544 3793 | Consultation Services
+603 5544 3716 | Customer Services
+603 5544 3727 | Corporate Unit
korporatptar@uitm.edu.my