Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak (PPTAR), Hospital Al-Sultan Abdullah telah menganjurkan Sesi Pembentangan Pelajar Latihan Industri bertempat di Bilik Perbincangan 3, PPTAR.
10–12 September 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) terus mengorak langkah sebagai pusat rujukan ilmu dan inovasi digital apabila dua orang stafnya telah dijemput sebagai fasilitator dalam Bengkel Penambahbaikan Kandungan Sistem Arkib Digital JKKN yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di Pacific Regency Beach Resort, Port Dickson.
10–11 September 2025 – Unit Dasar dan Perancangan Strategik telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan Proses Kerja dan Pindaan Dokumen Kualiti Siri 1 dengan objektif memperkukuh kecekapan proses kerja serta memastikan dokumen kualiti Jabatan Perpustakaan kekal selaras dengan keperluan Sistem Pengurusan Kualiti MS 9001:2015.
11 September 2025 | Khamis – Bagi menyokong inisiatif meningkatkan visibiliti penyelidik UiTM di peringkat global serta memperkukuh budaya penyelidikan berimpak tinggi, Unit Jurnal dan Penerbitan Universiti (JPU) Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI), dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka, telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Profil Penyelidik di Google Scholar, Scopus dan Web of Science (WoS) secara dalam talian melalui platform Google Meet.
Bengkel ini telah berjaya menarik penyertaan aktif seramai 73 orang penyelidik dan pensyarah UiTM yang terlibat dalam sesi perkongsian ilmu tersebut. Bengkel telah dikendalikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Timbalan Ketua Pustakawan (KUP)(M), PTAR UiTM Cawangan Melaka, bersama Dr. Raihah Aminuddin, Penyelaras Data Penerbitan Universiti (JPU), UiTM Cawangan Melaka, selaku moderator. Bengkel yang dijalankan secara interaktif ini menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada kalangan warga akademik merentasi pelbagai fakulti.
Penyertaan yang terdiri daripada penyelidik telah menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi dalam penyediaan profil penyelidikan masing-masing. Selain itu, sesi soal jawab yang diadakan turut memberikan peluang kepada peserta mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan isu yang sering timbul berkaitan ketidaktepatan metadata, duplikasi profil, serta pengurusan ID penyelidik.
Kesimpulannya, bengkel ini telah memenuhi matlamat penganjurannya dengan meningkatkan literasi penyelidik UiTM dalam pengurusan profil akademik yang sistematik dan terkini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Cik Hazlin Ibrahim Khan atas kepakaran, komitmen dan perkongsian ilmu yang amat bermanfaat sepanjang sesi berlangsung. Usaha sebegini diharap dapat diteruskan secara berterusan selaras dengan matlamat universiti dalam mengekalkan kecemerlangan penyelidikan serta meningkatkan pencapaian di peringkat global.
Community Intellectual Programme (CIP) ini merupakan program yang berkisarkan Pemantapan Pengurusan Maklumat Komuniti dalam usaha untuk meningkatkan tahap pemikiran komuniti untuk memahami idea dan maklumat yang diberikan, disamping melahirkan komuniti yang bijak pandai serta mahir mengendalikan maklumat.
Program ini akan diadakan sebanyak 5 siri, dimana siri 1 sehingga 4 diadakan di Perpustakaan Awam Bintangor, dan penutup siri 5 akan berlangsung di PTAR UiTM Cawangan Sarawak, sekaligus sesi penyampaian sijil dan Anugerah Ikon Komuniti. Komuniti yang berjaya menamatkan sehingga ke peringkat akhir akan diberikan sijil tauliah "Ikon Komuniti".
Program ini adalah hasil kerjasama di antara Perpustakaan Awam Bintangor, PTAR UiTM Cawangan Sarawak dan PeTARY UNIMAS. Diharap wakil-wakil komuniti yang menyertai program ini dapat memperolehi pembelajaran yang baik dengan memahami idea dan maklumat serta boleh bertindak sebagai penyebar maklumat yang sahih kepada komuniti setempat yang lain.
Pasir Gudang, 09 September 2025 – Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang berbesar hati menerima kunjungan daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal pada 9 September 2025 dalam rangka program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan mengenai pelaksanaan EKSA di PTDI yang menekankan kepada pengurusan persekitaran kerja yang lebih kondusif, sistematik, bersih dan mesra pelanggan. Inisiatif ini seiring dengan usaha UiTM untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan serta mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan produktif dalam kalangan warga kampus.
Sepanjang lawatan, delegasi daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal telah dibawa meninjau ruang-ruang di perpustakaan termasuk kawasan bacaan, sudut informasi, serta ruang kerja staf yang mengaplikasikan amalan EKSA. Pihak PTDI turut berkongsi pengalaman serta strategi yang digunakan dalam menjayakan pelaksanaan EKSA, termasuk aspek kebersihan, susun atur dokumen, serta pengurusan persekitaran hijau.
Pasir Gudang, 10 September 2025 – Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang menjadi tuan rumah bagi program Jelajah Ilmu Maahad Tahfiz 2025 pada 10 September 2025 yang disertai oleh pelajar dan guru dari Maahad Tahfiz Al-Iman Sedili.
Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari itu bertujuan memperkukuh budaya ilmu serta memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan penguasaan ilmu pengetahuan sebagai pelengkap kepada pengajian Al-Quran.
Sepanjang program, seramai 70 orang pelajar diiringi 8 orang guru didedahkan dengan kepelbagaian sumber maklumat yang terdapat di PTDI, kemudahan pembelajaran yang disediakan, serta pengisian ilmiah yang dapat menyokong kecemerlangan akademik dan kerohanian. Para pelajar juga mengambil peluang ini untuk mengisi maklumat dalam program NILAM dengan bahan bacaan yang diperoleh dari PTDI.
Turut hadir, Ustaz Mohd Farhan Ahmad, pensyarah dari Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) yang memberi taklimat berkaitan program pengajian Islam kontemporari dalam memperkenalkan mengenali laluan pendidikan tinggi yang boleh diceburi selepas menamatkan pengajian tahfiz, serta Puan Ruqaiyah binti Abdul Rahim, Koordinator Kursus dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) yang berkongsi mengenai laluan pendidikan dalam bidang perniagaan, pengurusan dan keusahawanan.
Penganjuran Jelajah Ilmu ini mencerminkan usaha berterusan UiTM dalam menyokong pembangunan ilmu merentas institusi serta melahirkan generasi yang seimbang dari aspek akademik, intelektual dan kerohanian
Menurut pihak penganjur, program seumpama ini bukan sahaja mempererat hubungan silaturahim antara UiTM dan institusi tahfiz, malah mampu menyemai semangat cintakan ilmu dalam kalangan pelajar agar terus berdaya saing di peringkat lebih tinggi.
26 Ogos 2025 – Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB), UiTM Cawangan Kedah sekali lagi mencatat pencapaian membanggakan apabila Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Luminous berjaya mara ke Konvensyen KIK Peringkat Zon Utara 2025. Konvensyen ini merupakan platform penting yang menghimpunkan warga kerja berinovasi untuk berkongsi idea kreatif dan penyelesaian baharu bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan. Kejayaan ini membuktikan komitmen PSB dalam mengamalkan budaya inovasi dan kreativiti, selaras dengan aspirasi UiTM untuk menjadi institusi unggul serta responsif terhadap keperluan pengguna.
This news summary was generated using Artificial Intelligence (AI).
The LUMINOUS team from PSB UiTM Kedah successfully qualified for the KIK Zone Level Convention 2025.
This achievement reflects strong commitment to innovation, creativity, and continuous improvement culture.
The success strengthens PSB’s reputation in participating in UiTM-level innovation initiatives at the zone stage.
Kumpulan Luminous yang terdiri daripada lapan orang staf PSB telah mempertaruhkan projek inovatif bertajuk SORAspace: Ruang Peribadi, Tumpuan Maksima. Projek ini dibangunkan sebagai solusi kepada cabaran kekurangan ruang belajar kondusif yang sering dihadapi oleh pengguna perpustakaan, khususnya dalam kalangan pelajar dan penyelidik. Melalui SORAspace, ruang khas yang tenang, bebas gangguan dan lebih peribadi diwujudkan bagi menyokong keperluan pembelajaran berfokus. Projek ini dirangka secara sistematik bermula daripada fasa perancangan, pembangunan sehingga pembentangan, dan berjaya meyakinkan panel juri tentang keberkesanannya.
Kejayaan ini tidak datang dengan mudah, malah ia merupakan hasil daripada kerja keras, dedikasi, dan semangat berpasukan ahli kumpulan yang tidak pernah berputus asa. Komitmen mereka membuktikan bahawa usaha berterusan dan semangat inovatif mampu menghasilkan impak positif yang besar kepada organisasi serta memberi nilai tambah kepada perkhidmatan perpustakaan.
Seluruh warga PSB menzahirkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Kumpulan Luminous atas pencapaian yang amat membanggakan ini. Diharapkan kejayaan tersebut dapat menjadi inspirasi kepada staf lain untuk terus berinovasi, mengaplikasikan idea-idea kreatif serta menyumbang kepada kecemerlangan organisasi. Semoga Kumpulan Luminous terus melakar kejayaan cemerlang dan mengharumkan nama UiTM ke peringkat yang lebih tinggi melalui Konvensyen KIK Peringkat Zon 2025.
28 Ogos 2025 – UiTM Cawangan Kedah telah menyertai acara besar UiTM Happiness Walk 2025 (UHW2025) yang berlangsung serentak di seluruh kampus UiTM. Program yang diadakan di Dataran Ilmu, UiTM Cawangan Kedah ini merupakan inisiatif bersama Perpustakaan Sultan Badlishah dengan Bahagian Pentadbiran serta Kelab Staf UiTM Kedah (KSUK) dengan melibatkan penyertaan seramai 120 orang warga UiTM.
This news summary was generated using Artificial Intelligence (AI).
The UiTM Happiness Walk 2025 promoted a healthy lifestyle and strengthened unity among UiTM Kedah staff and students.
The program combined recreational walking activities with efforts to improve physical and mental well-being.
This initiative reflected PSB’s support for campus wellness and community engagement activities.
Program ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan staf dan pelajar UiTM selain memperkukuhkan semangat kebersamaan. Aktiviti berjalan beramai-ramai ini turut menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-68, menjadikan program ini lebih bermakna kerana menggabungkan elemen kesihatan, kesejahteraan dan patriotisme.
Majlis ini turut menyaksikan pelancaran UiTM Purple Track yang menandakan komitmen universiti untuk menyediakan kemudahan dan persekitaran kondusif bagi aktiviti fizikal. Inisiatif ini mencerminkan kesungguhan UiTM dalam menyokong gaya hidup aktif dan sihat, sekaligus menggalakkan warga kampus untuk memanfaatkan kemudahan yang tersedia bagi meningkatkan tahap kesejahteraan diri.
Secara keseluruhannya, UiTM Happiness Walk 2025 bersama pelancaran UiTM Purple Track telah mencapai matlamatnya dengan memberi impak positif kepada warga UiTM Cawangan Kedah. Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat serta berharap agar program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan sebagai agenda tahunan dalam menyokong budaya sihat dan menyemai semangat cintakan negara.