Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Bengkel “Online Database : Explore On Searching Techniques” Perkasa Kemahiran Carian Maklumat Pelajar EMBA UiTM Cawangan Johor

Pasir Gudang, 29 November 2025 – Program Executive Master of Business Administration (EMBA) UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang melalui Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) hari ini telah menganjurkan Bengkel Online Database: Explore on Searching Techniques bertempat di Makmal Komputer PTDI. Program yang berlangsung dari jam 9.00 hingga 10.00 pagi itu memberi fokus kepada pendedahan teknik pencarian maklumat akademik secara efektif, khususnya kepada peserta daripada program Executive Master of Business Administration (EMBA).

Bengkel ini menampilkan penceramah jemputan, En. Idris Muhammad, Timbalan Ketua Pustakawan Kampus Pasir Gudang, yang berkongsi kepakaran dalam strategi pencarian maklumat, teknik menggunakan kata kunci, kaedah penapisan data serta panduan mengenal pasti sumber ilmiah yang sahih melalui pangkalan data dalam talian.
 
Penganjuran bengkel ini bertujuan meningkatkan literasi maklumat dan menyokong keperluan penyelidikan pelajar EMBA yang terlibat dalam tugasan dan projek pengajian berasaskan analisis data serta penyelidikan ilmiah. Peserta turut diberi penerangan tentang pangkalan data langganan UiTM dan teknik carian lanjutan bagi memudahkan proses pencarian maklumat berkualiti.
 
 
Tags: ,