Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Audit Dalam ISO 9001:2015 Bagi PTAR UiTM Kampus Sungai Buloh

Audit Dalam ISO 9001:2015 melibatkan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Kampus Sungai Buloh telah berlangsung pada 27 hingga 28 November 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Penolong Rektor UiTM Kampus Sungai Buloh.

Audit ini dikendalikan oleh dua orang auditor iaitu Puan Zaiton Daud, Penolong Pendaftar Kanan Kolej Zamrud Baiduri, dan Puan Aryanti Misdar, Pegawai Eksekutif Kanan Bahagian Penyelidikan & Inovasi UCS.

Pelaksanaan audit memberi tumpuan kepada empat objektif utama:

  1. Memastikan check and balance dalam kawalan dokumen dan pengurusan risiko.
  2. Menilai keberhasilan pencapaian objektif dan fungsi PTJ.
  3. Meneliti tahap penerapan amalan pengurusan kualiti.
  4. Mengukur keberkesanan dan kecekapan sistem kerja yang diamalkan di PTAR.

Audit ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan UiTM dalam memastikan mutu perkhidmatan perpustakaan sentiasa berada pada tahap terbaik selaras dengan piawaian ISO 9001:2015.