Pada 27 November 2010, Kampus UiTM Perak, melakar sejarah tersendiri apabila menjadi tuan rumah pertama yang menganjurkan Istiadat Konvokesyen di kampus Seri Iskandar. Suasana bangga menyelubungi kampus apabila seramai 1,431 graduan diraikan dalam istiadat penuh gilang-gemilang.
Dipimpin oleh Naib Canselor UiTM Ketiga ketika itu, Tan Sri Dato' Sri Profesor Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar, sidang ini menyaksikan penyampaian skrol kepada graduan daripada fakulti:
- Fakulti Pengurusan Perniagaan
- Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
- Fakulti Perakaunan
- Fakulti Pendidikan
- Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat
- Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka
- Fakulti Sains Komputer dan Matematik
Sumber :
- Unit Arkib Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak
- Buku Istiadat Konvokesyen UiTM ke -73