Salinan sijil milik Profesor Emeritus Dato' Dr. Ahmad bin Zainuddin
Sijil ini dianugerahkan kepada Ahmad bin Zainuddin (kini Profesor Emeritus Dato' Dr. Ahmad bin Zainuddin) untuk Diploma in Art and Design (Graphic Design) dari School Of Art and Design, Mara Institute of Technology pada tahun 1973.
Ketelitian dan keindahan seni Scribble Hand Writing milik Tuan Haji Hashim Hassan terakam dalam lembaran sijil pengajian Diploma ini. Menurut sumber, sijil pengajian pada era tersebut masih menggunakan tulisan tangan sepenuhnya sebelum kemunculan cetakan komputer.
Tuan Haji Hashim Hassan berdiri tiga dari kanan bersama-sama pensyarah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka
Tuan Haji Hashim Hassan merupakan pensyarah selama 33 tahun di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi MARA sejak Ogos 1970 hingga Januari 2003.
Sumber : Koleksi peribadi Profesor Emeritus Dato' Dr. Ahmad bin Zainuddin