Majlis Perasmian Pusat Bahasa, Bangunan Korea ITM pada 22 Ogos 1998. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Mohd Khalid Mohd Yunus, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu.
Bermula seawal tahun 1960 hingga 1970 sebagai Pusat Bahasa di Jalan Othman, Petaling Jaya dan berpindah ke ITM Kampus Shah Alam pada 1972. Penjenamaan Pusat Bahasa kepada Akademi Pengajian Bahasa (APB) pada tahun 2003 dengan evolusi lebih strategik melalui pengenalan kepada kursus - kursus baharu. Penubuhan ini bertujuan untuk menyelaras pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (ESL), serta bahasa-bahasa Asia dan Eropah kepada semua pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Sebelum penubuhannya, pengajaran bahasa dilakukan secara berasingan mengikut keperluan setiap fakulti. Dengan wujudnya pusat utama ini, kurikulum bahasa UiTM mula digubal secara menyeluruh bagi memenuhi keperluan jumlah pelajar yang kian meningkat, yang memerlukan kemahiran bukan sahaja dalam Bahasa Inggeris, malah dalam bahasa ketiga.
Kronologi sejarah perkembangan Akademi Pengajian Bahasa :
| Tahun | Peristiwa |
|---|---|
| 1965 | Makmal bahasa dibuka di tingkat 1 bangunan di Jalan Othman Petaling Jaya. Perkhidmatan bahasa diberikan untuk membantu komunikasi bertulis di Pejabat Pengarah |
| 1967 | Maktab MARA secara rasmi dinamakan semula sebagai Institut Teknologi MARA, ITM (Institut Teknologi MARA) pada November |
|
Kursus bahasa seperti Bahasa Inggeris, Perancis, Rusia, Mandarin dan Jerman ditawarkan di ITM. Kursus dikendalikan mengikut pengurusan Bahasa masing-masing |
|
| 1972 | Semua kursus bahasa disatukan di bawah satu badan: Pusat Bahasa ditubuhkan |
| 1973 | Pusat Bahasa mula menawarkan Kursus Kemahiran Bahasa kepada umum |
| 1980-an | Pejabat Pusat Bahasa ditubuhkan di tingkat 7 Menara Sultan Abdul Aziz Shah |
| Sijil TESL ditawarkan dari 1984 hingga 1986 untuk latihan dalaman | |
|
Pembangunan staf – Diploma Pascasiswazah dalam TESL ditawarkan dari 1987 hingga 1997 |
|
| Awal 1990-an |
Pejabat Pusat Bahasa, makmal bahasa dan studio rakaman berpindah ke tingkat 9 Menara Sultan Abdul Aziz Shah |
| 1994 |
Pembinaan bermula bagi Pusat Bahasa Bangunan Korea dengan penajaan dibiayai oleh kerajaan Korea. Penubuhan Bangunan Korea adalah rentetan daripada Dasar Pandang Ke Timur yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri keempat,Y.A.B Dato' Seri Mahathir Mohamad (Tun) pada 8hb. Februari 1982 semasa Persidangan "5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA" di Hilton Kuala Lumpur. Melalui dasar ini, Bahasa Korea telah ditawarkan sebagai kursus elektif di IPTA seperti UM, ITM dan UKM. |
| 1995 – 1996 |
Pembangunan staf – Program berkembar Sarjana TESL antara ITM dan Stirling University, UK |
| 1998 |
Bangunan Korea siap dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Dato’ Haji Mohd Khalid Mohd Yunus pada 22 Ogos 1998. Majlis penuh bersejarah ini turut menyaksikan pelancaran Karnival Bahasa 1998, yang berlangsung serentak sempena perasmian tersebut.Alat muzik tradisional Korea, iaitu gendang Buk dan pemukulnya yang dikenali sebagai Chae, telah digunakan sebagai simbolik rasmi perasmian. Penggunaan Buk dan Chae menggambarkan hubungan erat dan jalinan persahabatan antara Pusat Bahasa ITM dengan negara Korea Selatan. Kini, Buk dan Chae yang digunakan dalam majlis bersejarah ini menghiasi ruang legar Pusat Bahasa, yang kini dikenali sebagai Akademi Pengajian Bahasa (APB), sebagai warisan simbolik hubungan antarabangsa dan kenangan institusi. |
|
Pentadbiran Pusat Bahasa berpindah ke bangunan baharu |
|
| 1999 | Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan ITM sebagai universiti dan menamakannya Universiti Teknologi MARA, UiTM |
| 2003 | Pusat Bahasa dinaik taraf menjadi Akademi Pengajian Bahasa (APB), diberikan status fakulti |
| 2006 |
APB memulakan program ijazah pertamanya:
|
| 2009 | Pengambilan pertama untuk Sarjana Pengajian Bahasa Gunaan melalui penyelidikan (LG780/750) |
| 2010 | Anugerah Kecemerlangan Tan Sri Arsyad Ayub untuk graduan LG220 Muhammad Aizat Azhari pada Konvokesyen UiTM ke-73 |
| 2012 | Anugerah Pingat Emas Kecemerlangan Tun Fatimah Haji Hashim untuk graduan LG220 Fadhlina Che Arshad pada Konvokesyen UiTM ke-77 |
| 2013 |
|
| 2014 | Anugerah Pingat Emas Kecemerlangan Tun Fatimah Haji Hashim untuk graduan LG220 Fatin Fatinah Shamsul Bahrin di Konvokesyen UiTM ke-81 |
| 2015 | Anugerah Pendidikan Diraja untuk graduan LG221 Mohd Norazizi Samsudain di Konvokesyen UiTM ke-83 |
| 2016 | Anugerah Pendidikan Diraja untuk graduan LG220 Adlina Atikah Amran di Konvokesyen UiTM ke-85 |
| 2017 |
|
| 2018 |
Pengambilan pertama bagi:
|
| 2019 | Anugerah Tun Abdul Razak untuk graduan LG240 Muhammad Khair Ikhwan Zulkefli di Konvokesyen UiTM ke-91 |
| 2020 | Anugerah Naib Canselor untuk pelajar LG240 Siti Nuradriana Ro’bitatul Adawiyah Puteri Abdul Rasid di Konvokesyen UiTM ke-93 (Jun 2022) |
| 2021 | Anugerah Pingat Emas Yayasan Budiman UiTM untuk pelajar LG240 Muhammad Nur Shafiq Shaharuddin di Konvokesyen UiTM ke-95 (Disember 2022) |
| 2022 |
|
Kemahiran pelbagai bahasa ini memberikan kelebihan daya saing kepada graduan UiTM di pasaran kerja, sejajar dengan aspirasi universiti untuk melahirkan tenaga profesional bertaraf global.
Kini, APB terus berkembang sebagai pusat akademik yang unggul dengan lebih 500 tenaga pengajar berkelayakan, termasuk 256 pensyarah yang berkhidmat di kampus induk Shah Alam, manakala selebihnya ditempatkan di kampus cawangan di seluruh negara.
APB terdiri daripada empat jabatan utama:
-
Jabatan Bahasa Inggeris dan Linguistik
Jabatan terbesar di bawah APB ini menyediakan semua keperluan pengajaran Bahasa Inggeris di UiTM. Pensyarahnya juga aktif menghasilkan bahan kursus, manual dan buku teks yang digunakan bukan sahaja di UiTM, malah di institusi pengajian lain. -
Jabatan Pengajian Melayu (JPM)
JPM menyediakan pengajaran Bahasa Melayu untuk pelajar tempatan dan antarabangsa. JPM turut membantu universiti luar negara membangunkan program pengajian Melayu dan pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Pensyarah JPM giat menulis bahan akademik, membentang kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. -
Jabatan Pengajian Arab
Mengkhusus dalam pengajaran Bahasa Arab bagi memenuhi keperluan pelajar dan komuniti akademik yang ingin mendalami bahasa dan budaya dunia Arab. -
Jabatan Bahasa Asia dan Eropah
Menawarkan kursus bahasa ketiga seperti Bahasa Cina, Perancis, Jerman dan Thai. Jabatan ini juga menjalin kerjasama akademik dengan institusi pengajian tinggi di China, Perancis, Jerman dan Thailand.
Dalam usaha mempelopori pengajian bahasa profesional, APB telah melancarkan dua program akademik penting:
-
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) – Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Profesional (LG220)
Dilancarkan pada Julai 2006 dengan kumpulan pertama seramai 37 pelajar, program ini kini mempunyai 281 pelajar (sehingga 2009). Kumpulan pertama akan bergraduat pada Oktober 2009. -
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) – Bahasa Melayu untuk Komunikasi Profesional
Program ini mula ditawarkan pada Disember 2007, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian besar dalam sejarah APB.
Sebagai pengiktirafan terhadap komitmen kualiti perkhidmatannya, Akademi Pengajian Bahasa telah dianugerahkan pensijilan ISO 9001:2000 pada 16 April 2004, dan diperbaharui pada 28 April 2007.
Barisan kepimpinan Akademi Pengajian Bahasa yang menerajui kesarjanaan dan kecemerlangan bahasa melalui kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak.dari awal hingga kini :
| Bil. | Nama | Tempoh Perkhidmatan |
|---|---|---|
| 1 | Encik S. Rathichanran | 1.12.1972 – 30.6.1979 |
| 2 | Puan Habibah Dato’ Dr Mohd Salleh | 1.7.1979 – 31.7.1983 |
| 3 | Puan Hazadiah Mohd Dahan | 1.8.1983 – 31.8.1985, 1.2.1986 – 30.11.1987 |
| 4 | Tuan Hj. Rafa’i Hj. Harun | 1.12.1987 – 30.11.1989 |
| 5 | Dr. Abu Bakar Hj. Ibrahim | 1.8.1985 – 31.1.1986, 1.12.1989 – 30.11.1993 |
| 6 | Profesor Madya Dr. Syed Omar M. Mashor | 1.10.1997 – 31.7.2001 |
| 7 | Profesor Madya Dr. Syed Omar Mohamad Alsagqaf | 1.12.1993 – 31.12.1995, 1.7.1996 – 30.9.1997 |
| 8 | Profesor Madya Hj. Md Noh Nyata | 1.8.2001 – 31.7.2003, 1.8.2003 – 31.8.2004 |
| 9 | Profesor Datin Dr. Hajibah Osman | 1.8.2003 – 31.8.2004 |
| 10 | Profesor Madya Wan Latifah Wan Ariffin | 1.9.2004 – 30.11.2008 |
| 11 | Profesor Dr. Normah Abdullah | 1.1.2011 – 31.12.2016 |
| 12 | Profesor Dr. Haji Ahmad Mazli Muhammad | 1.1.2017 – 31.12.2020 |
| 13 | Profesor Dr. Haji Othman Ismail | 1.1.2021 – 28.2.2022 |
| 14 | Profesor Ts. Dr. Janudin Bin Sardi @ Hj. Mohd Yusop | 1.7.2022 – Sehingga kini |
Sumber :
- Web page Akademi Pengajian Bahasa (https://apb.uitm.edu.my/)
- 50 Years of APB : Snapshots of the Golden Journey