Kerajaan Malaya di bawah British pada Ogos 1950 telah menubuhkan sebuah lembaga yang dinamakan Rural Industrial Development Authority atau ringkasnya RIDA. Tujuan utama penubuhan lembaga ini adalah untuk membangunkan kawasan luar bandar secara lebih tersusun dan teratur. Dengan perancangan sedemikian ia diharap dapat membantu dan melatih rakyat luar bandar meningkatkan status ekonomi mereka. Salah satu cara yang dikenal pasti ialah skim latihan belia luar bandar bagi mereka yang berpotensi belajar dalam bidang perniagaan dan mengikuti pengajian melalui aliran Bahasa Inggeris.

Pengasas UMNO, Dato’ Onn bin Jaafar, telah diberi kepercayaan oleh kerajaan Persekutuan sebagai orang pertama menerajui Jawatankuasa Khas RIDA dan menjalankan penyelidikan secara menyeluruh mengenai masa depan dan pembangunan masyarakat luar bandar. Langkah pertama yang diambil oleh Dato’ Onn ialah mengadakan lawatan ke Ceylon, atau Sri Lanka sekarang, pada awal tahun 1951 untuk bermesyuarat dan mempelajari tatacara rancangan luar bandar yang diamalkan oleh negara tersebut melalui rancangan Colombo Plan.

Kumpulan pertama pelajar Dewan Latehan RIDA (1956 - 57) bersama Pengetua RIDA,

Syed Alwi Al-hadi (duduk lima dari kiri) dan Encik K.L. Goon (Goon Institution) (duduk keempat dari kiri).

Sebelum penubuhan Dewan Latehan R.l.D.A lagi, pihak Rural Industrial Development Authority (R.l.D.A) telah menaja 23 pelajar yang terpilih mengikuti kursus persediaan bagi menduduki peperiksaan London Chamber of Commerce (LCC) Intermediate Examination di Institut Goon (Goon Institution) di Kuala Lumpur dan Hj. Mohamad Basri bin Omar adalah salah seorang di antara mereka yang berada di dalam kumpulan pelopor 23 pelajar ini untuk sesi 1955/56. 

YM Dato Muda Linggi Haji Mohamad Basri bin Haji Omar, Pelajar Kumpulan Pertama Pra-Penubuhan RIDA 

YM Dato Muda Linggi Haji Mohamad Basri bin Haji Omar, A.K. (K'tan), A.N.S. (NS) Orang Besar Daerah Port Dickson (28 Mac 1934 - 17 Februari 2021) merupakan salah seorang di antara pelopor 23 pelajar pra-penubuhan Dewan Latehan RIDA yang terpilih ditaja oleh Rural Industrial Development Authority (RIDA) untuk mengikuti kursus persediaan bagi menduduki peperiksaan London Chamber of Commerce (LCC) Intermediate Examination di Goon Institution Kuala Lumpur selama setahun 1955/56 dengan rekod sijil bertarikh April 1956.Kemudian beliau meneruskan pengajian di Dewan Latehan RIDA, Jalan Othman, Petaling Jaya, juga selama setahun 1956/57 dan dianugerahkan sijil pada Mac 1957. Pada tahun 1958 beliau memulakan tugas sebagai Ketua Bahagian Audit di Jabatan Kemajuan Kerjasama di Kangar, Perlis.

Mohamad Basri bin Omar berdiri dua dari kanan bersama rakan-rakan dari sesi 1955/56
yang ditaja RIDA ketika menuntut di Institut Goon (Goon Institution) di Kuala Lumpur.
Gambar bertarikh 27hb. September 1955.Kebanyakkan yang di dalam gambar ini bertugas di Kangar, Perlis.
Sijil-Sijil milik Mohamad Basri bin Omar - Pelajar Kumpulan Pertama sebelum RIDA

Sijil-Sijil milik Mohamad Basri bin Omar - Pelajar Kumpulan Pertama sebelum RIDA:

  • Pitman Examinations Institute London - First Class for Book-Keeping Elementary | December 1954
  • Commercial Education Certificate Goon Institition KL - Typewriting | April 1955
  • Commercial Education Certificate Goon Institition KL - Book-Keeping, Commerce, Costing, English and Typewriting | April 1956
  • Commercial Education Certificate Goon Institition KL - Accounting, Banking and Currency, Commerce and Finance, Costing and Mercamtille Law | March 1957
  • Higer Commercial Education Certificate, London Chamber of Commerce - Accounting | Spring 1957
Mohamad Basri bin Omar (berdiri) dan lulusan dari Goon Institution bersama tenaga pengajar
warga Inggeris dalam satu majlis meraikan penamatan kursus.

Sumber : Penceritaan & dokumentasi oleh waris Dato’ Muda Linggi, Encik Azizol Mohd Basri