Canselor Article Count:  7

Repositori Canselor UiTM merupakan platform menghimpunkan dokumentasi digital rasmi, amanat, serta pencapaian barisan Canselor sepanjang sejarah Universiti Teknologi MARA (UiTM). Platform ini dibangunkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak berfungsi sebagai arkib digital yang memastikan legasi kepemimpinan terus hidup dan dapat dirujuk oleh generasi akan datang.

Repositori ini diwujudkan dengan visi untuk menyediakan akses terbuka kepada maklumat rasmi Canselor UiTM sebagai instrumen penghayatan institusi dan pendidikan warisan. Misinya ialah untuk mendokumentasikan setiap amanat dan ucapan rasmi Canselor, menyimpan rekod pencapaian serta inisiatif yang pernah diilhamkan, dan memudahkan carian serta rujukan oleh warga universiti dan masyarakat umum.

Ia juga menzahirkan komitmen UiTM terhadap prinsip akses terbuka dan ketelusan dalam pengurusan maklumat universiti. Lebih daripada itu, repositori ini menjadi sumber inspirasi kepada warga UiTM dan masyarakat melalui kisah visi, amanat, serta sumbangan para Canselor yang telah membentuk haluan universiti ini. Platform ini juga berfungsi mengekalkan kesinambungan sejarah kepemimpinan UiTM kekal terpelihara.

Layari Repositori Canselor UiTM untuk maklumat lanjut berkenaan barisan Canselor UiTM.

Pro-Canselor UiTM Article Count:  5

UiTM berbangga dengan kepimpinan dan sumbangan tokoh-tokoh negara yang dilantik sebagai Pro-Canselor. Mereka adalah pemimpin berwibawa yang menjadi tulang belakang dalam memperkukuh visi serta misi universiti. Tokoh ini terus menyumbang kepakaran, kebijaksanaan dan pengalaman dalam membawa UiTM ke arah kecemerlangan akademik serta pembangunan negara.

Bil Pro-Canselor Tarikh Lantikan
1

DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin

D.K., S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K.

14 Jun 2022
2

YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Zarinah Anwar

P.S.M., S.S.A.P., D.S.A.P.

15 April 2017
3

YBhg. Dato’ Prof. Emeritus Dr. Hassan Said

D.P.M.P., D.P.M.S., D.P.M.K., D.S.P.N., P.G.B.K., J.M.N.Chevalier de l’Ordre National du Mérite (Perancis)

15 April 2023
4

YBhg. Datuk Haji Abdul Wahab bin Aziz

P.G.B.K., J.B.S., P.P.B., P.P.D., P.B.E.

5 Ogos 2023

 

Naib Canselor Article Count:  7
Timbalan Naib Canselor Article Count:  5
Pendaftar Article Count:  1

Di sebalik kelangsungan dan struktur pentadbiran Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang tersusun hari ini, tersimpan sebuah perjalanan kepimpinan yang tidak pernah surut — diterajui oleh barisan Pendaftar yang berwibawa sejak era awal penubuhan institusi ini.

Peranan Pendaftar bukan sahaja sebagai tonggak kepada hal ehwal pentadbiran, sumber manusia dan dasar universiti, malah turut menjadi penyelaras utama dalam menjayakan visi dan misi UiTM sepanjang dekad.

Peneraju Pendaftar UiTM bukan sekadar catatan nama, tetapi lembaran sejarah yang telah menjadikan tadbir urus UiTM suatu lambang kecemerlangan institusi. Dengan visi dan kepakaran mereka, UiTM terus mara sebagai universiti berkelas dunia, berpaksikan sistem pengurusan yang unggul.

Bendahari Article Count:  1

Sejak penubuhannya, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah berkembang pesat menjadi sebuah institusi pendidikan tinggi yang unggul. Di sebalik kemajuan ini, tersimpan kisah kepimpinan kewangan yang mantap – diterajui oleh tokoh-tokoh yang pernah menyandang jawatan Bendahari Universiti.

Setiap tokoh yang menerajui jawatan Bendahari telah mewarnai sejarah ITM dan UiTM dengan kepakaran, dedikasi dan kecekapan dan juga peneraju strategi kewangan universiti yang lestari.

 

Ketua Pegawai Digital Article Count:  1

 

 

Pelantikan Ketua Pegawai Digital UiTM

Merujuk kepada Amanat Naib Canselor 2024, beberapa penstrukturan telah berjaya direalisasikan selepas memperoleh mandat daripada Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan carta organisasi UiTM yang baharu telah berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2024. Penstrukturan ini dilaksanakan hasil daripada kajian menyeluruh terhadap punca kuasa, struktur semasa dan cadangan penambahbaikan, dengan tujuan untuk memberikan kuasa atau autoriti yang sewajarnya kepada pihak berkaitan, demi menjamin keberhasilan agenda universiti.

Selaras dengan amanat tersebut, Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengumumkan pelantikan Profesor Ir. Ts. Dr. Juliana Johari sebagai Ketua Pegawai Digital (Chief Digital Officer), berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025. Pewujudan jawatan Ketua Pegawai Digital (Chief Digital Officer) ini adalah selaras dengan aspirasi peranan dan tanggungjawab CDO oleh Kementerian Digital Malaysia.

Dengan kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan serta transformasi digital, pelantikan ini diyakini akan memperkukuh agenda pendigitalan UiTM seiring aspirasi institusi untuk menjadi universiti terkemuka bertaraf global.

Penasihat Undang-Undang Article Count:  1

Peranan Penasihat Undang-Undang tidak hanya tertumpu kepada isu perundangan semata-mata, tetapi turut merangkumi tanggungjawab dalam memberi nasihat strategik, menguruskan risiko perundangan, menyelaras kontrak dan memastikan pematuhan terhadap dasar serta peraturan institusi.

Sepanjang sejarah UiTM, tokoh-tokoh berikut telah menyumbang khidmat dan kepakaran mereka sebagai Penasihat Undang-Undang dan menjadi tunjang utama kepada kelestarian pentadbiran UiTM — berpaksikan integriti, keadilan dan perundangan yang sah.

Ketua Pustakawan Article Count:  1

Sejarah kepimpinan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) memperlihatkan kesinambungan dedikasi dan komitmen dalam memperkukuh peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu dan rujukan utama universiti. Bermula dengan kepimpinan Datin Hajah Rugayah Binti Abd Rashid sebagai Ketua Pustakawan pertama pada tahun 1975, legasi kecemerlangan ini diteruskan oleh barisan Ketua Pustakawan berikutnya yang masing-masing memainkan peranan penting dalam memperkasakan sistem perpustakaan sejajar dengan perkembangan teknologi dan pendidikan tinggi negara.

Daripada era awal penubuhan hingga ke era digital kini, setiap Ketua Pustakawan telah memberi sumbangan bermakna terhadap pembangunan koleksi, perkhidmatan, serta infrastruktur perpustakaan. Kepimpinan berterusan ini menjadi tonggak kepada kemajuan PTAR sebagai sebuah institusi yang terus unggul dalam menyokong kecemerlangan akademik UiTM.

Kini, di bawah pimpinan Tuan Ts. Haji Azizi Bin Haji Jantan, PTAR terus melangkah ke hadapan dengan visi memperkasa repositori ilmu digital dan inovasi maklumat, menjadikan UiTM sebagai peneraju dalam bidang pengurusan pengetahuan dan literasi maklumat di Malaysia.

Bil Nama Ketua Pustakawan Tempoh Perkhidmatan Jawatan
1 Datin Hajah Rugayah Binti Abd Rashid 01 Mac 1975 – 07 April 1993 Ketua Pustakawan Pertama
2 Puan Hajah Rahmah Binti Muhamad 08 April 1993 – 30 Disember 1998 Ketua Pustakawan Ke-2
3 Tuan Haji Wahid Bin Sulaiman 01 Januari 1999 – 23 Mac 2003 Ketua Pustakawan Ke-3
4 Puan Hajah Paiza Binti Idris 01 Julai 2003 – 09 Jun 2008 Ketua Pustakawan Ke-4
5 Tuan Haji Haron Bin Wee Ah Boo 01 April 2009 – 15 Oktober 2010 Ketua Pustakawan Ke-5
6 Tuan Ts. Noor Hidayat Bin Adnan 10 Disember 2011 – 31 Mac 2022 Ketua Pustakawan Ke-6
7 Tuan Jamalludin Bin Haji Sulaiman 01 Julai 2022 – 15 Mei 2023 Ketua Pustakawan Ke-7
8 Tuan Ts. Haji Azizi Bin Haji Jantan 01 Mac 2024 – Kini Ketua Pustakawan Ke-8

 

Kami abadikan juga poster-poster lantikan serta penghargaan terima kasih sepanjang perjalanan perkhidmatan pemimpin ini sebagai tanda kenangan dan penghormatan atas dedikasi yang telah dicurahkan.

Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan

 

Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman

 

Rektor Article Count:  13