Kampus ITM Cawangan Sarawak merupakan kampus cawangan yang kedua ditubuhkan selepas Yayasan Sabah-ITM Sabah iaitu pada 1 Julai 1973 dengan jumlah pelajar seramai 94 orang. Pada ketika itu kampus cawangan masih lagi ditempatkan di kampus sementara di Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching sebelum berpindah ke Semenggok pada bulan Julai 1987, Samariang pada bulan Julai 1989 dan seterusnya berpindah ke kampus tetap di Samarahan pada tahun 1997 yang berkeluasan 360 ekar.  Penubuhan ITM Sarawak mendapat sokongan padu dan kerjasama erat dari Kerajaan Negeri dan juga Yayasan Sarawak.

Bangunan ITM Sementara di Batu Lintang sekitar tahun 1970-an
ITM Sarawak Kampus Batu Lintang - Numpang Batu Lintang (Julai 1973 - Jun 1987)
Bangunan ITM Sementara di Semenggok pada Julai 1987 - Jun 1989
Bangunan ITM di Samariang sekitar tahun 1990-an.
ITM Sarawak Kampus Semariang - Riang Semariang (Julai 1989 - Jun 1997)

Objektif utama penubuhan kampus cawangan Sarawak ini adalah untuk membawa peluang pelajaran sedekat yang mungkin kepada penduduk-penduduk di Sarawak dan menyediakan tenaga kerja dalam bidang separa profesional & profesional dalam kalangan bumiputera Sarawak. Mengikut perancangan, semua kursus yang ditawarkan ITM akan dijalankan di kampus cawangan ini. Walaubagaimanapun, masih terdapat juga kursus-kursus tertentu yang terpaksa ditawarkan di kampus induk Shah Alam. Selaras dengan perkembangan pesat kampus ini, mulai bulan Julai 1987, pelajar-pelajar di ITM Cawangan Sarawak boleh menamatkan pengajian mereka tanpa perlu berpindah ke kampus induk Shah Alam seperti tahun-tahun sebelumnya.

ITM Sarawak Kampus Samarahan - Ngibun Samarahan (Julai 1997)
UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan (kini)

Berikut merupakan Program Diploma yang ditawarkan di Kampus Samarahan :
○ Diploma Perakaunan
○ Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seni Reka Grafik & Media Digital)
○ Diploma Seni Halus
○ Diploma Ukur Bahan
○ Diploma Teknologi Binaan
○ Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
○ Diploma Kejuruteraan Kimia
○ Diploma Pengurusan Maklumat
○ Diploma Pengajian Sukan
○ Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat
○ Diploma Kesihatan Persekitaran
○ Diploma Kejururawatan

● Program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di Kampus Samarahan
○ Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
○ Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian)
○ Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina
○ Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi dan Pengurusan Perladangan
○ Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Perniagaan (Kepujian)
○ Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Kewangan (Kepujian)
○ Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Pemasaran (Kepujian)
○ Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Antarabangsa (Kepujian)
○ Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian)

Kampus Mukah

Mukah telah diisytiharkan sebagai Bahagian ke-10 di Sarawak pada 1 Mac 2002. Sejak pengisytiharan tersebut, Bahagian Mukah telah berkembang pesat, selaras dengan pengumuman Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) oleh Ketua Menteri Sarawak. Penubuhan projek SCORE membuka peluang pekerjaan baharu kepada penduduk di Bahagian Mukah khususnya, dan rakyat Sarawak secara amnya. Pada tahun 2002, UiTM Cawangan Sarawak telah membuka satu lagi kampus di Mukah. Antara program yang mula diperkenalkan adalah Pra-Diploma (Perdagangan). Pada masa penubuhan, para pelajar ditempatkan di lot-lot kedai yang disewa untuk dijadikan asrama, bangunan pentadbiran, perpustakaan dan bilik kuliah serta 14 lot kedai terpaksa di tambah sewa pada tahun 2007 di Boulevard Setia Raja bagi menampung pertambahan pelajar. Pada ketika itu, dua program telah diperkenalkan di Kampus Mukah iaitu Diploma Pengajian Perniagaan dan juga Diploma Pengurusan Perladangan. Pada 9 April 2011, satu majlis  pecah tanah yang dirasmikan oleh  Ketua Menteri Sarawak pada ketika itu, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk membina bangunan tetap UiTM di Mukah dan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2015. Kampus  yang dibina ini mampu menampung kapasiti sehingga 2,000 pelajar. 

UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah pada 2015

● Program Pra Diploma yang ditawarkan di Kampus Mukah
○ Pra Diploma Agroteknologi
○ Pra Diploma Perdagangan
○ Pra Diploma Sains
○ Pra Diploma Sains Aliran Stem C & Sastera
○ Pra Diploma Pengajian Islam


● Program Diploma yang ditawarkan di Kampus Mukah
○ Diploma Pengajian Perniagaan
○ Diploma Perbankan
○ Diploma Pengurusan Industri Perladangan
○ Diploma Teknologi Akuakultur
○ Diploma Teknologi Pengeluaran Herba

Kampus Samarahan 2

Pada bulan Oktober 2010, satu lagi kampus telah dibina seluas 88 ekar (36 hektar) iaitu Kampus Samarahan 2 yang siap sepenuhnya pada 1 Oktober 2013 bagi menampung pertambahan pelajar sehingga 4,000 orang. Kampus ini adalah sebagai  tambahan kepada kampus utama di bawah perancangan Kampus PFI (Private Funding Initiative) UiTM. Rekajaya Projek Sdn. Bhd., yang telah dipilih sebagai syarikat konsesi, bertanggungjawab terhadap reka bentuk, pembinaan, penyiapan dan pengesahan kampus tersebut termasuk tempoh penyelenggaraan selama 20 tahun.

UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan 2 mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Oktober 2013.

Sebanyak 357 hektar (883 ekar) tanah telah diperuntukkan untuk pembangunan Kampus Samarahan 2. Walau bagaimanapun, hanya 36 hektar (88 ekar) tanah dikenal pasti untuk pembangunan kampus dengan pelbagai infrastruktur. Infrastruktur ini merangkumi kemudahan pendidikan seperti blok pentadbiran, blok akademik yang terdiri daripada Fakulti Sains Gunaan dan Fakulti Kejuruteraan Awam; kedua-duanya dilengkapi dengan makmal dan bengkel yang luas, perpustakaan, surau, pusat pelajar, asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan, dewan makan, bangunan utiliti pusat, unit penyelenggaraan, pondok pengawal dan kemudahan lain yang dikhaskan untuk pengajian dan pembangunan pelajar.

● Program Diploma yang ditawarkan di Kampus Samarahan 2 : 
○ Diploma Pentadbiran Awam
○ Diploma Teknologi Kimia Perindustrian
○ Diploma Teknologi Makanan
○ Diploma Sains
○ Diploma Sains Komputer
○ Diploma Kejuruteraan Awam
○ Diploma Pengurusan Pelancongan
○ Diploma Pengurusan Halal


● Program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di Kampus Samarahan 2 :
○ Sarjana Muda Sains Pentadbiran
○ Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia
○ Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Pengurusan Aset) Dengan Kepujian
○ Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)


● UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 juga menawarkan kursus bagi program Sarjana dan program Kedoktoran (PhD) bagi Separuh Masa dan Sepenuh Masa seperti berikut :

○ Sarjana Secara Penyelidikan
■ Sarjana Perakaunan
■ Sarjana Sains (Pengurusan Perniagaan)
■ Sarjana Sains (Persekitaran Binaan)
■ Sarjana Sains (Kimia)
■ Sarjana Sains (Perladangan dan Agroteknologi)
■ Sarjana Sains (Seni dan Reka Bentuk)
■ Sarjana Sains (Kejuruteraan Elektrik)
■ Sarjana Sains (Sains Komputer)
■ Sarjana Pengajian Islam Kontemporari
■ Sarjana Pengajian Bahasa Gunaan


○ Sarjana Secara Kerja Kursus (mod separuh masa sahaja)
■ Sarjana Pentadbiran Perniagaan (EMBA)
■ Sarjana Eksekutif Sains Pentadbiran (EMAS)
■ Sarjana Keusahawanan Gunaan (MAE)


○ Kedoktoran Secara Penyelidikan
■ Doktor Falsafah (Perakaunan)
■ Doktor Falsafah (Sains)
■ Doktor Falsafah (Perladangan dan Agroteknologi)
■ Doktor Falsafah (Pengurusan Perniagaan)
■ Doktor Falsafah (Seni dan Reka Bentuk)
■ Doktor Falsafah (Kejuruteraan Awam)
■ Doktor Falsafah (Sains Komputer)
■ Doktor Pengajian Islam Kontemporari
■ Doktor Falsafah (Pengajian Bahasa Gunaan)


○ Kedoktoran Secara Kerja Kursus (mod separuh masa sahaja)
■ Doktor Pentadbiran Perniagaan

UiTM Cawangan Sarawak terus maju sebagai institusi unggul dalam pendidikan tinggi di Bumi Kenyalang, dipacu oleh kepimpinan yang berwibawa dan berdedikasi. Diterajui oleh barisan pengurusan yang berpengalaman, UiTM Sarawak komited dalam menjayakan agenda pendidikan negara, memperkasa pelajar Bumiputera serta memacu transformasi akademik dan pembangunan masyarakat setempat. Barisan kepimpinan ini mengangkat nilai integriti, kecemerlangan dan inovasi dalam setiap aspek pentadbiran dan pembangunan kampus — demi melahirkan graduan yang berdaya saing di peringkat nasional dan global.Ikuti maklumat lanjut barisan peneraju UiTM Cawangan Sarawak di pautan ini https://library.uitm.edu.my/uitmmemory/tokoh/rektor-uitm/peneraju-uitm-cawangan-sarawak

Sumber :

  1. ITM Warisan Bangsa                                     
  2. Melakari Peristiwa Kampus-Kampus Cawangan
  3. Kampus-Kampus Cawangan Baharu UiTM: Mengubah Destini Anak Bangsa
  4. Laman Sesawang, UiTM Cawangan Sarawak
  5. Unit Arkib UiTM Cawangan Sarawak