Pada 10 Jun 1997, satu lagi kampus UiTM Cawangan Sabah, iaitu Kampus Tawau telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Mohd. Najib Bin Tun Razak. Kampus yang telah mula beroperasi pada Disember 1996 ini kemudian diisytiharkan sebagai Kampus Kota dari segi perlaksanaan operasinya bersempena majlis perasmian tersebut. UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau sehingga kini merupakan “Feeder Campus” untuk kursus-kursus diploma yang ditawarkan oleh UiTM seluruh Malaysia khususnya UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu.

Yang Berhormat Datuk Seri Mohd. Najib Bin Tun Razak merasmikan UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau atau dikenali sebagai Kampsu Kota pada 10 Jun 1997.

Penempatan Universiti Teknologi Mara Kampus Tawau di Bangunan Hup Foh, Bandaran Baru, Jalan Lama Tawau pada 2009.
Pada awal penubuhannya sehingga penghujung tahun 1996, UiTM Kampus Tawau telah beroperasi di Bangunan MAA, Jalan Bunga Raya, Tawau. Pada tahun 1997 UiTM Kampus Tawau telah berpindah dan beroperasi di Bangunan Hup Foh, Bandaran Baru, Jalan Baru Tawau.

Upacara Pecah Tanah Institut Teknologi Mara Kampus Tawau oleh Yang Berhormat Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak (Menteri Pendidikan Malaysia) pada 27 Februari 1999.

Seiring dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan akses pendidikan tinggi yang lebih luas dengan fasiliti dan persekitaran yang kondusif, sebuah kampus tetap UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau yang terletak di Batu 26, Jalan Apas, Balung, Tawau telah mula dibina pada Mac 2009. Perletakan batu asas telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak (Menteri Pendidikan ketika itu) iaitu pada tahun 1999. Pembinaan kampus tetap ini kemudiannya telah siap pada Oktober 2011. Semenjak itu dan sehingga kini, UiTM Cawangan Sabah Kampus Tawau telah beroperasi di kampus tetapnya di Balung, Tawau dan telah berjaya menghasilkan alumni-alumni bumiputera yang lahir daripada program-program pra pendidikan tinggi atau pun lebih dikenali dengan program pra diploma UiTM.
 
Ikuti sejarah keseluruhan sebagai kampus terawal di pautan Yayasan Sabah - Institut Teknologi MARA (YS-ITM) dan Barisan Peneraju Kampus.
 
Sumber : Unit Arkib UiTM Cawangan Sabah
powered by social2s