π—£π—˜π— π—•π—˜π—‘π—§π—¨π—žπ—”π—‘ 𝗠𝗒π—₯π—”π—Ÿ π—”π——π—”π—Ÿπ—”π—› π—§π—”π—‘π—šπ—šπ—¨π—‘π—šπ—π—”π—ͺ𝗔𝗕 π—¦π—’π—¦π—œπ—”π—Ÿ π—¦π—˜π— π—¨π—” π—Ÿπ—”π—£π—œπ—¦π—”π—‘ 𝗠𝗔𝗦𝗬𝗔π—₯π—”π—žπ—”π—§ 𝗗𝗔𝗑 π—•π—˜π—₯π— π—¨π—Ÿπ—” 𝗗𝗔π—₯π—œ π—žπ—˜π—›π—œπ——π—¨π—£π—”π—‘ π—¦π—˜π—›π—”π—₯π—œπ—”π—‘ π——π—œ π—₯𝗨𝗠𝗔𝗛 - π—¦π—¨π—Ÿπ—§π—”π—‘ π—œπ—•π—₯π—”π—›π—œπ— 
Β 
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah institusi pendidikan perlu direvolusi ke arah menitik beratkan elemen kemanusiaan, moral dan kesedaran undang-undang, ekoran beberapa kejadian jenayah melibatkan golongan pelajar dan siswazah. Seri Paduka Baginda bertitah, perkara itu merupakan tanggungjawab sosial semua lapisan masyarakat.
Β 
β€œKita dikejutkan dengan kes jenayah berat yang melibatkan pelajar. Ini menimbulkan kebimbangan mengenai tahap moral, agama dan watak pelajar. Selain itu, imej institusi pendidikan negara turut tercalar.
β€œPendidikan dan pembentukan moral tidak hanya berlaku di kampus mahupun di bilik darjah. Ianya hendaklah bermula dari rumah dalam setiap kehidupan seharian. Rumah adalah madrasah pertama bagi setiap insan. Ia tempat di mana anak-anak kita semenjak dari kecil dididik dengan nilai mulia, disiplin dan tanggungjawab kepada masyarakat.
Β 
Β 
β€œSaya berpandangan, sekolah dan institusi pelajaran perlu melalui revolusi pendidikan dengan menitikberatkan elemen kemanusiaan, moral dan kawalan emosi serta kesedaran undang-undang,” titah Yang di-Pertuan Agong ketika menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-103, di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam,19 November 2025.
Sultan Ibrahim turut bertitah generasi muda hendaklah dipupuk ke arah pengendalian kemajuan dunia siber dengan berhemah.
β€œPendedahan kepada kandungan ganas yang berterusan boleh meningkatkan sifat agresif. Namun, pada hemat saya, sekatan penggunaan teknologi digital terhadap pelajar tidak akan menyelesaikan masalah, di samping akan hanya mengganggu ekosistem pelajaran secara digital dan jarak jauh.
Β 
β€œHakikatnya, tiada jalan singkat bagi menangani masalah sosial. Ianya memerlukan usaha padu semua pihak bermula dari rumah, sekolah, masyarakat, ahli politik dan kerajaan,” titah Seri Paduka Baginda.
Β 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bersama barisan Pro Canselor, Lembaga Pengarah dan Penegurusan Eksekutif UiTM di Istiadat Konvokesyen UiTM ke-103 (Sidang 1) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.
Β 
powered by social2s