Sejak penubuhan awal sebagai hasil kerjasama strategik antara Yayasan Sabah dan Institut Teknologi MARA, sehinggalah pemantapan sebagai UiTM Cawangan Sabah, institusi ini telah dipimpin oleh barisan tokoh yang berdedikasi dan berwawasan tinggi.
Barisan peneraju ini menjadi tunggak dalam memperkasa pendidikan, menyumbang kepada pembangunan akademik, infrastruktur, dan jati diri pelajar — menjadikan UiTM Sabah bukan sekadar pusat ilmu, tetapi juga simbol harapan dan kemajuan negeri di bawah bayu. Berikut adalah legasi kepimpinan sejak tahun 1973 yang telah ditadbir dan dipimpin oleh 13 Ketua Eksekutif yang dikenali sebagai Pengetua, Provos, Pengarah dan Rektor Kampus.
Bil | Nama Peneraju | Jawatan | Tempoh Perkhidmatan |
1 | Encik Abdul Kadir Hassan | Pengetua | 1973 – 1979 |
2 | Dr. Hj. Wan Muhammad Wan Kadir | Pengetua | 1979 – 1981 |
3 | Tuan Haji Ali Nyak Saad | Pengetua | 1981 – 1984 |
4 | Encik Shafie Mehad | Pengetua | 1984 – 1988 |
5 | Encik Wan Abaid Wan Ismail | Pengetua | 1988 – 1990 |
6 | Encik Baharuddin Ismail | Pengetua | 1990 – 1995 |
7 | Encik Zainuddin Osman | Provos | 1995 – 1999 |
8 | Dr. Hj. Nasarudin Othman | Pengarah | 1999 – 2000 |
9 | Profesor Madya Dr. Abdullah Mohd Said | Pengarah | 2000 – 2002 |
10 | Profesor Madya Dr. Hj. Mohd Shukri Hj. Omar | Pengarah | 2002 – 2006 |
11 | Profesor Madya Dr. Worran Hj. Kabul | Pengarah / Rektor | 2006 – 2010 |
12 | Datuk Prof. Madya Dr. Hj. Abdul Kadir Hj. Rosline | Rektor | 2010 – 2023 |
13 | Profesor Madya Dr. Rozita @ Razita Hj. Mohamed | Rektor |
2023 – Sehingga kini. Menjalankan Fungsi Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah mulai 3 Julai 2025. |