Pengambilan pelajar pertama Kursus London Chamber of Commerce (LCC) Dewan Latehan RIDA pada November 1956/1957 sebanyak 22 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 25 orang.

Kursus-kursus yang dijalankan pada ketika itu ialah :

a) Kursus persediaan 2 tahun bagi London Chamber of Commerce (Higher Examination).

b) Kursus 1 tahun untuk London Chamber of Commerce (Intermediate Examination).

c) Kursus 18 hari untuk peniaga-peniaga kecil (dilanjutkan sehingga Mac 1958).

d) Kursus 2 bulan untuk Coir Making (Tali Sabut) (Kursus ini telah ditamatkan pada bulan Mei 1957 apabila Pusat Perusahaan Sabut ditubuhkan di pelbagai tempat di Persekutuan Tanah Melayu).

Pengambilan Pelajar Pertama Kursus London Chamber of Commerce (LCC) Nov 1956/57

Berdiri (dari kiri ke kanan) : Pawanteh Omar, Zainuddin Karim, Sulaiman Amin, Zainal Abidin Baki, Mohd Rohaini Hitam, Adnan Zainal Abidin, Kamarul Attar M. Yasin, Abd. Rahman Wahab, Zainal Rashid, Abdul Aziz Ishak, Mohd Zain Amin, Harun Ibrahim, Abd. Razak Sheikh Mohmood, Yusuf Saidin, Sofian Abdul Wahab, Shamsul Ghani.

Duduk (dari kiri ke kanan) : Daud Baharum, Syed Abdullah Alwee, Wan Su Dali, Mr. K.L. Goon (Pengetua Institut Goon), Tuan Syed Alwi Syed Sheikh Alhadi (Pengetua Dewan Latehan RIDA), Tengku Halimah Tengku Ali, Abdullah Ahmad, Safiah Taib, Mokhtar Lajis.

Tidak Hadir : Abd. Rashid Hamid dan Zain Abdul Majid

 

Rujukan

1. Majlis Pelancaran Logo Sempena Perayaan 40 Tahun ITM (1956 – 1996)

2. Shaping a Dream (1956 – 1999)