

Pada 19 Februari 2011, satu upacara majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Datuk Seri Najib Razak, bagi pembinaan Kampus UiTM Cawangan Melaka yang ketiga, iaitu Kampus Jasin. Pembangunan kampus ini merupakan satu lagi projek strategik di Negeri Melaka yang dibiayai melalui kaedah Public Finance Initiative (PFI).

Pembinaan Kampus Jasin melengkapkan kewujudan UiTM di ketiga-tiga daerah utama di Melaka, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperluas akses pendidikan tinggi. Daerah Melaka Tengah menempatkan Kampus Bandaraya Melaka, Daerah Alor Gajah menempatkan Kampus Lendu, manakala Kampus Jasin dibangunkan di Daerah Jasin di atas tapak seluas 218 ekar yang terletak di Felcra Seri Mendapat. Ikuti sejarah lanjut penubuhan kampus ini di pautan ITM Cawangan Melaka dan Barisan Peneraju.

Sumber :
- Unit Arkib Cawangan Melaka