
Kerajaan Negeri Johor telah menganugerahkan sebidang tanah seluas 500 ekar yang terletak di Batu 8, Jalan Segamat–Muar untuk dijadikan kampus tetap ITM Cawangan Johor pada tahun 1990. Tapak kampus ini terletak kira-kira 12 kilometer dari Bandar Segamat dan berhampiran laluan utama Jalan Segamat–Muar. Bagi melaksanakan kerja-kerja permulaan pembangunan kampus, sejumlah RM10 juta telah diperuntukkan.
Kerja-kerja peringkat awal yang melibatkan pembersihan tapak dan pembangunan keseluruhan kawasan telah dimulakan pada tahun 1983, dan kampus ini mula diduduki secara rasmi pada 30 Disember 1989. Kampus Segamat menempatkan empat fakulti utama, iaitu Fakulti Perakaunan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Pengurusan Maklumat serta Fakulti Sains Komputer dan Matematik.
Kini, UiTM Cawangan Johor dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur pengajaran dan pembelajaran, selain kemudahan riadah dan rekreasi yang komprehensif, sekali gus menjadikannya sebuah institusi pengajian tinggi yang disegani. Selain Kampus Segamat, UiTM Johor turut mempunyai sebuah kampus baharu di Pasir Gudang.
Sumber : Melakar Sejarah Kampus-Kampus ITM UiTM