Kesarjanaan ahli akademik dalam pelbagai bidang di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Malaysia telah lama menerima pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di peringkat kebangsaan, antara anugerah berprestij yang mengiktiraf kecemerlangan ini ialah Anugerah Merdeka, Anugerah Sastera Negara, Anugerah Tokoh Maal Hijrah, Anugerah Sukan Negara, Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu, Anugerah Saintis Negara, Anugerah Inovasi Negara, Anugerah Langkawi, Anugerah Harta Intelek Negara, Anugerah Seniman Negara serta Anugerah Yayasan Toray Malaysia bagi Sains dan Teknologi.

Sementara itu, di peringkat antarabangsa pula, para sarjana negara turut menerima pengiktirafan melalui pelbagai anugerah berprestij seperti ISESCO Literacy Prize, Al-Khawarizmi Award, Carlos J. Finlay Prize for Microbiology (UNESCO), Young Scientist Award (UNESCO), King Faisal Award, World Intellectual Property Organization (WIPO) Awards, Pameran Inovasi dan Teknologi Antarabangsa, Wharton-QS Stars Award – Reimagining Education, serta pengiktirafan sebagai The World’s Most Influential Scientific Minds.

Pencapaian cemerlang para sarjana Malaysia ini terserlah melalui sumbangan signifikan dalam penyelidikan dan penerbitan berimpak tinggi, penghasilan karya ilmiah dan kreatif yang bermutu, kecemerlangan dalam seni dan kreativiti, pengkomersialan hasil penyelidikan serta keberkesanan dalam pengajaran. Kejayaan-kejayaan ini bukan sahaja memperkukuh ekosistem akademik negara, malah turut mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Sehubungan itu, bermula pada tahun 2006, Kementerian telah memperkenalkan Anugerah Akademik Negara (AAN) sebagai anugerah tertinggi kesarjanaan negara. Anugerah ini diwujudkan bagi mengiktiraf secara menyeluruh kejayaan dan sumbangan cemerlang para sarjana Malaysia dalam pembangunan ilmu, pendidikan dan inovasi.

Anugerah Akademik Negara merupakan wadah pengiktirafan tertinggi kepada ahli akademik yang sedang atau pernah berkhidmat di IPT Malaysia, berdasarkan sumbangan signifikan mereka dalam bidang-bidang berikut:

  • Pengajaran

  • Penemuan ilmu

  • Penulisan dan penerbitan ilmiah serta kreatif

  • Pemindahan dan pengembangan ilmu

Sejak diperkenalkan pada 2006, berikut merupakan senarai penerima Anugerah Akademik Negara oleh warga UiTM :

Bil. Penerima Anugerah Tahun
1

Prof. Dr. Mohamad Hatta bin Azad Khan

Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik

Anugerah Seni dan Kreativiti

2008
2

Encik Junaidi bin Awang

Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka

Anugerah Seni dan Kreativiti

2010
3

Profesor Madya Dr. Jaafar bin Jantan

Fakulti Sains Gunaan

Anugerah Pengajaran

(Kelompok Sains Tulen)

2010
4

Dato’ Prof. Dr. A. Razak Mohaideen

Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik

Anugerah Seni dan Kreativiti

2011
5

Prof. Dr. Muliyadi bin Mahamood

Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka

Anugerah Seni dan Kreativiti

(Kategori Penulisan Kreatif)

2012
6

Encik Junaidi bin Awang

Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka

Anugerah Seni dan Kreativiti

(Kategori Seni Visual)

2012
7

Prof. Madya Dr. Tazul Izan Tajuddin

Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik

Anugerah Seni dan Kreativiti (Kelompok Seni Persembahan)

2016
8

Encik Mohd Faizul Bin Noorizan

Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka

Anugerah Seni dan Kreativiti (Kelompok Kraf)

2017
9

Dr. Prasanna Ramakrisnan

Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM) 

Anugerah Pengajaran

(Kelompok Sains Gunaan)

2022

 

Sumber : Anugerah Akademik Negara

powered by social2s