



Keperluan kemudahan sukan yang baik merupakan sesuatu yang penting bagi sesebuah lnstitusi Pengajian Tinggi seperti lnstitut Teknologi Mara. Selain daripada menyediakan sesuatu kemudahan kepada para pelajar, kemudahan sukan yang baik dapat meningkatkan lagi mutu olahraga di ITM selaras dengan objektif Majlis Sukan Negara. Malaysia telah dipilih untuk mengelolakan Sukan Antara Universiti Asean ke 7 pada November 1992. Pihak Majlis Sukan Universiti Malaysia pula seterusnya telah bersetuju memberi penghormatan kepada ITM untuk menjadi tuan rumah kejohanan tersebut. Antara permainan majlis yang dipertandingkan ialah sukan renang (lelaki/wanita) Pembinaan Kolam Renang. Sejumlah RM 4.0 juta telah diperuntukan untuk membina sebuah kolam renang saiz olimpik di Kampus lnduk ITM Shah Alam. Pembinaan Kolam Renang tersebut adalah menggunakan kaedah Turnkey memandangkan kesuntukan masa untuk menghadapi kejohanan sukan tersebut dan pembinaan kolam renang ini perlukan kontraktor yang mempunyai kepakaran (specialist) supaya kesempurnaan kerja pembinaan terjamin.
Kerja-kerja pembinaan kolam renang tertutup telah diilhamkan oleh bekas Ketua SPP, Tuan Haji Tamzil Munir. Kolam Renang ini perlu berbumbung supaya ia boleh berfungsi pada setiap masa iaitu pada siang dan malam hari, ketika panas dan ketika hujan lebat. Disamping itu juga, kolam renang ini direka sebegitu rupa untuk menjamin kemurniaan akhlak perenang wanita dan lelaki. Projek tersebut telah mula beroperasi pada 19 Ogos 1991 dan siap pada 18 Ogos 1992. Skop projek tersebut adalah seperti berikut :
a. Sebuah kolam renang berbumbung saiz olimpik (50m x 21m) yang mempunyai 10 buah lorong. Kedalaman kolam pula terbahagi kepada 2 peringkat iaitu bahagian yang cetek 1.22m (dalam) sementara bahagian yang paling dalam 2.0m (dalam). Bahagian yang cetek diperuntukan kepada perenang-perenang yang baru belajar berenang (beginners) dan bahagian dalam pula boleh digunakan untuk permainan polo air.
b. Bangunan-bangunan sampingan terdiri dari bilik persalinan, ruang lobby kafetaria, pro-shop, bilik mesyuarat, pejabat, bilik pertolongan cemas, bilik kawalan, surau, bilik plant, stor dan bilik perkakas renang.
Kerja-kerja seni taman di sekitar kompleks renang dilengkapi jogging track dan amphitheatre. Jumlah keseluruhan keluasan ruang lantai ialah 2,950 meter persegi dan telah dapat disiapkan pada 18 Ogos 1992 dan mendapat pengiktirafan ASUM, Persatuan Renang Amatur Malaysia dan Fina International Standard pada 25 November 1992.
Kolam renang tersebut telah diserahkan kepada Unit Sukan ITM untuk mengendalikan operasi seterusnya. Penggunaan kolam renang telah mula dibuka secara rasmi kepada pelajar dan kakitangan ITM pada 1 April 1992.
Artikel asal disediakan oleh Puan Roshana Takim.
Sumber : Pembara: Majalah Rasmi Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan, Bil. 8 BPP/93 Mac/April/Mei/Jun 93