Bangunan Institut Kepimpinan & Pembangunan UiTM atau The Institute of Leadership & Development (ILD) UiTM di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan semasa siap pembangunan pada tahun 2016.

Semasa penubuhannya pada Julai 2015, fungsi utama institut ini adalah untuk memastikan semua program latihan dan pembangunan memenuhi keperluan semasa universiti dalam kursusnya untuk melahirkan kakitangan yang mempunyai prestasi cemerlang serta kemahiran kepimpinan yang cemerlang.

Lawatan tapak semasa fasa pembinaan pada tahun 2014 - 2015

Kerja-kerja pembinaan kampus bermula pada 2012 di bawah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dan diserahkan kepada UiTM pada 22 Julai 2016. ILD UiTM telah memulakan operasi sepenuhnya bermula pada 1 Ogos 2016.  Institut Kepimpinan & Pembangunan (ILD) UiTM yang terletak di Bandar Enstek berdiri megah di atas kawasan seluas 31.3 ekar, hasil perancangan rapi dan pembangunan berfasa yang mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan. Bangunan ini bukan sekadar struktur fizikal, tetapi simbol komitmen UiTM dalam memperkasa kepimpinan dan pembangunan profesional warga universiti. Pada 22 Julai 2016, bangunan ini telah diserahkan secara rasmi oleh pihak konsesi kepada Universiti Teknologi MARA, menandakan bermulanya satu era baharu dalam pembangunan kepimpinan yang lebih tersusun, berimpak dan bertaraf global.

ILD Bandar Enstek dilengkapi prasarana yang sistematik untuk menampung jumlah penyertaan yang berskala besar. Antara ruang dan kemudahan yang yang disediakan adalah 5,000 ruang parkir, 400 bilik penginapan, 16 bilik latihan, 5 ruang sukan dan 1 trek berhalangan.

Institut Kepimpinan & Pembangunan (ILD) UiTM telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, mantan Menteri Pengajian Tinggi, Malaysia pada 23 Ogos 2016

Majlis perasmian Bengkel Pemikiran Profesor Dalam Membentuk Bangsa Melayu Pasca 2020 dan perasmian Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM telah berlangsung pada 23 Ogos 2016 di Institute Of Leadership and Development (ILD) Bandar Baru Enstek, Nilai. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Idris bin Jusoh, mantan Menteri Pengajian Tinggi dan turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi UiTM. 

Plak perasmian ILD Bandar Enstek di ruang lobi.

Penganjuran bengkel ini merupakan insiatif awal yang seiring dengan gelombang globalisasi, di samping terus kekal melonjak di persada global. Justeru, UiTM atas keprihatinan terhadap isu nasional ini mengambil tanggungjawab dengan meneliti dan mengupasnya bersama ahli-ahli akademik bagi menghadapi pelbagai cabaran menjelang 2020.

Penubuhan ILD berperanan dalam menguruskan hal ehwal pembangunan staf secara menyeluruh, dengan memberi penekanan kepada penerapan kompetensi bagi memacu pemerkasaan organisasi, bakat, proses dan teknologi. Disamping prasarana dan kemudahan baharu yang disediakan, akan dapat menaikkan lagi semangat, demi melahirkan warga kerja yang berprestasi tinggi dan memantapkan kecemerlangan bakat. Maklumat lanjut berkenaan ILD UiTM dan Peneraju ILD di https://library.uitm.edu.my/uitmmemory/ptj/jabatan-pejabat-pusat/the-institute-of-leadership-development-ild-uitm-bandar-enstek-negeri-sembilan.

  Penyerahan bangunan ILD UiTM di Bandar Enstek oleh pihak konsesi kepada UiTM pada 22 Julai 2016 

Sumber : Institut Kepimpinan dan Pembangunan Universiti Teknologi MARA (UiTM)

 

powered by social2s