Majlis Penyerahan Fakulti Pergigian UiTM Kampus Sungai Buloh oleh Kementerian Kerja Raya kepada Kementerian Pendidikan Tinggi telah diadakan pada 1 September 2015. Projek pembinaan kampus yang menelan belanja lebih RM73.8 juta ini telah dirancang sejak tujuh tahun lalu di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, dan menempatkan pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung termasuk bahagian akademik, klinikal dan pentadbiran.

Bangunan fakulti tersebut turut dilengkapi dengan dewan bedah, wad, klinik, unit radiologi, kemudahan penyelidikan terkini, serta sebuah pusat pensterilan dan bekalan pergigian pertama di Malaysia. Selain menjadi pusat pembelajaran untuk penuntut universiti, fakulti ini juga menawarkan perkhidmatan rawatan pergigian kepada orang awam. Apabila beroperasi sepenuhnya, dianggarkan seramai 205 pesakit dapat menerima rawatan serentak, dengan jumlah pesakit harian mencecah 400 hingga 500 orang.

Majlis Penyerahan Projek Fakulti Pergigian UiTM pada 1 September 2015 oleh Jabatan Kerja Raya
Majlis penyerahan ini menyaksikan Kementerian Kerja Raya diwakili oleh YB Dato’ Sri Fadillah Yusof, manakala Kementerian Pendidikan Tinggi diwakili oleh YB Datuk Seri Idris Jusoh. Turut hadir ialah Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Adanan Mohamed Hussain, Tan Sri Dato' Ir Ts Ahmad Zaidee Laidin (Pro Canselor UiTM) dan Tan Sri Profesor Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (Naib Canselor UiTM) serta barisan pengurusan Fakulti Pergigian.

Majlis penyerahan ini menyaksikan Kementerian Kerja Raya diwakili oleh menterinya, YB Dato’ Sri Fadillah Yusof, manakala Kementerian Pendidikan Tinggi diwakili oleh menterinya, YB Datuk Seri Idris Jusoh. Turut hadir ialah Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Adanan Mohamed Hussain dan Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Fakulti Pergigian UiTM, yang diiktiraf sebagai pusat pengajian pergigian terbesar di negara ini telah memulakan operasinya dengan kos pembinaan RM73.84 juta. Menurut Datuk Seri Idris Jusoh, fakulti tersebut akan menjadi pusat kecemerlangan kajian dan perkhidmatan kesihatan oral, selaras dengan usaha melahirkan graduan profesional berdaya saing di peringkat global. Beliau menambah bahawa pengiktirafan ini turut mengukuhkan kedudukan UiTM dalam penarafan universiti utama di Malaysia.

Sejarah penubuhan Fakulti Pergigian UiTM di pautan https://library.uitm.edu.my/uitmmemory/ptj/fakulti/fakulti-pergigian

Sumber : 

Majlis Penyerahan Fakulti Pergigian UiTM Kampus Sungai Buloh. Laman web Jabatan Kerja Raya (https://www.kkr.gov.my/ms/majlis-penyerahan-fakulti-pergigian-uitm-kampus-sungai-buloh)