Minggu Wawasan Siswa tahun 1996
Bagi setiap warga ITM, minggu orientasi sentiasa meninggalkan kisah yang sukar dilupakan. Dahulu ia dikenali sebagai Minggu Silaturahim (MSR), yang mempertemukan sahabat baharu dalam suasana penuh kekeluargaan. Kemudian muncul Minggu Wawasan Siswa (MWS), mengingatkan pelajar akan peranan besar mereka sebagai penerus cita-cita bangsa. Ada juga yang pernah merasai Minggu Mesra Siswa (MMS), dengan pendekatan lebih santai namun tetap bermakna. Akhirnya, semua disatukan di bawah nama yang kita kenali hingga kini – Minggu Destini Siswa (MDS) acara wajib untuk setiap mahasiswa.
 
Walau apapun namanya, kenangan tetap serupa. Dewan yang riuh dengan sorakan, taklimat yang panjang namun penuh ilmu, nyanyian lagu ITM yang menusuk jiwa, dan persahabatan pertama yang masih kekal hingga kini. Itulah detik awal perjalanan sebagai mahasiswa, memori indah yang akan sentiasa hidup dalam ingatan.
 
Kami bawakan kenangan orientasi era tahun 1970 hingga 2006 dari pelbagai lokasi kampus ITM-UiTM dari koleksi Bahagian Arkib Universiti.