Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM telah melakar satu detik bersejarah apabila menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), menjadikannya MoU pertama di Malaysia yang melaksanakan kandungan Perkongsian Sumber Perpustakaan antara dua institusi pengajian tinggi awam. Majlis menandatangani MoU ini telah berlangsung pada 24 Oktober 2025 (Jumaat) bertempat di Ruang Legar, Aras 7, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam.
Kerjasama strategik ini merangkumi perkongsian bahan bercetak dan sumber digital, akses bersama ruang serta kemudahan pembelajaran, pertukaran kepakaran pustakawan dan latihan profesional, serta pelaksanaan program pembangunan ilmu dan akademik bersama. MoU ini disempurnakan oleh YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM dan YBhg. Dato’ Profesor Ir. Ts. Dr. Arham bin Abdullah, Naib Canselor UMK, serta disaksikan oleh YBrs. Profesor Dr. Huzili bin Hussin dan YBrs. Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan UiTM.
Langkah proaktif ini membuka lembaran baharu dalam memperkukuh jaringan ilmu, memperluas capaian akademik dan memperkasakan kolaborasi perpustakaan ke arah menjadikan PTAR sebagai Vibrant Centre of Learning.