Sesi fotografi bersama YBhg.Profesor Datuk Dr. Shahrin Bin Sahib@Sahibuddin, Cik Junita Binti Jamaludin C.A (M) ACMA,CGMA, Ybhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Bin Ujang, & Ts. Hj Azizi Bin Jantan serta warga UiTM.
Pada 22 Oktober 2025 telah berlangsung satu sesi perkongsian ilmu yang amat bermakna disampaikan oleh YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Pengerusi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan juga mantan Ketua Setiausaha kepada Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Kesihatan Malaysia; Kementerian Sumber Manusia; dan Kementerian Alam Sekitar dan Air.melalui program bertajuk “Sembang KEMBARA DUNIA: 100 Hari, 15 Negara, 1 Misi.” Sesi ini menampilkan pengalaman dan pandangan berharga hasil pengembaraan beliau ke 15 negara dalam tempoh 100 hari, yang sarat dengan pengajaran mengenai kepimpinan, ketahanan diri serta nilai global yang diterapkan melalui pendidikan dan perjalanan hidup. YBhg. Dato’ Seri merupakan tokoh akademik yang disegani dengan latar belakang yang cemerlang. Beliau menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1988 dan seterusnya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Newcastle University, United Kingdom pada tahun 1996. Beliau mula berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia sejak penghujung tahun 1990-an sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada usia 43 tahun.
Menurut Naib Canselor UiTM, program ini adalah satu-satunya dapat memberi makna yang lebih bermakna buat Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Bin Ujang untuk melegasikan sumbangan akademik beliau di dalam kembara beliau di serata dunia. Beliau juga turut dikenali sebagai seorang tokoh "Ilmuan Negara" yang telah menyumbang bakti di dalam bidang akademik dengan mengeluarkan koleksi penulisan & penerbitan sebanyak lebih daripada 51 buah buku, lebih daripada 2,000 artikel media massa dan mempunyai sebanyak 21 harta intelek.
Antara yang menarik telah dikongsikan oleh beliau ialah pengalaman pengembaraan dunia tersebut dengan perkongsian ilmu melalui taraf perbezaan dari segi budaya, tempat dan pelbagai sepanjang pengembaraan dunia beliau. YBhg. Dato' Seri juga turut berkongsi mengenai koleksi buku yang menjadikan 1 motivasi buat beliau iaitu buku "100 Days around the globe", juga pada seorang penyair Simon Armitage yang merupakan seorang Profesor di Oxford University serta daripada seorang Ilmuan Islam iaitu Ibn Battutah's Al- Rihla. Menurut beliau juga, melalui pengembaraan dunia ini beliau dapat mengeksporasi kewujudan tahap akademik dan pencapaian mereka di beberapa negara yang berlainan. Antaranya adalah seperti pemenang Anugerah "Top Nobel Awards 2025" ,mengikut ranking dunia Universiti.
Untuk rakaman siaran program ini, layari pautan Sembang Kembara Dunia “100 Hari, 15 Negara, 1 Misi” di Youtube UiTM Channel.