Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah melancarkan Misi Bantuan Ops Banjir ke negeri Kelantan yang terjejas teruk akibat bencana banjir yang melanda negara pada pada akhir Disember 2014 pada 2 hingga 5 Januari 2015. Inisiatif ini digerakkan sebagai usaha tanggungjawab sosial universiti dalam membantu mangsa yang terkesan.
Pasukan misi yang terdiri daripada Naib Canselor UiTM Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Bin Abu Bakar dan barisan sukarelawan UiTM telah turun padang menyalurkan bantuan ke beberapa daerah yang terjejas, termasuk Kota Bharu, Machang dan Tanah Merah. Pelbagai bentuk bantuan telah disampaikan, merangkumi sumbangan keperluan asas, pembersihan kawasan terjejas serta sokongan moral kepada penduduk yang terlibat.
Barisan sukarelawan UiTM sedia memulakan Operasi Bencana Banjir bersama alatan pembersihan
Usaha ini mencerminkan semangat prihatin dan nilai kemanusiaan warga UiTM dalam membantu masyarakat yang memerlukan, selaras dengan peranan universiti sebagai sebuah institusi yang cakna terhadap kesejahteraan komuniti. Misi ini bukan sekadar penyampaian bantuan fizikal, tetapi turut membawa mesej kemanusiaan dan keprihatinan warga UiTM terhadap masyarakat. Ia menjadi satu pengalaman bermakna buat mereka terlibat secara langsung, menyaksikan sendiri bagaimana semangat kebersamaan dan nilai empati mampu meringankan beban mereka yang ditimpa musibah.