Pahang Tenggara (DARA), Jalan Telok Sisek, Kuantan pada 14 Januari 1985 dan disaksikan oleh Pengerusi Majlis Dato’ Mansor Othman serta Pengarah ITM, Datuk Nik Abdul Rashid Nik Abdul Majid.

Penubuhan Kampus Kuantan UiTM Pahang atau lebih dikenali sebagai Kampus Kota Kuantan yang mula dibuka pada Januari tahun 1985 yang terletak di persisiran Pantai Gelora Jalan Teluk Sisek, Kuantan. Pada tahun 1986, kampus ini menempatkan seramai 53 orang pegawai pentadbiran serta 1,143 orang pelajar yang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang seperti Perakaunan, Pentadbiran Awam, Pengajian Perniagaan, Perbankan, Sains Komputer, Stenografi, Pengurusan Ladang, Sains dan Pra-Kejuruteraan. Dimulai dengan penyewaan sebuah bangunan lama iaitu Bangunan Pejabat Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara yang mempunyai 4-5 tingkat. Kampus Kuantan juga menyaksikan lokasi sementara di tiga kawasan iaitu di Telok Sisek, Padang Lalang dan Bukit Sekilau.
Bagi penempatan pelajar pada ketika itu, di dalam Kampus Kuantan tidak disediakan asrama, oleh itu para pelajar perlu menduduki asrama di kawasan sekitar. Antara penempatan asrama kediaman yang terawal adalah Remaja, Bahaman dan Tun Teja. Cabarannya ketika itu adalah jarak yang jauh untuk ke kampus.
Menerusi dokumen 42 halaman muka surat berkenaan Taklimat Institut Teknologi MARA Cawangan Pahang Kepada Pengerusi Dan Ahli-Ahli Majlis Institut Teknologi MARA pada 18 November 1985 melaporkan bangunan-bangunan yang terdapat di lokasi ini terdiri daripada pelbagai kemudahan yang menampung keperluan akademik dan sokongan pelajar. Antaranya ialah sebuah bangunan DARA setinggi empat tingkat yang telah diubah suai untuk dijadikan 20 buah bilik kuliah di tingkat tiga dan empat, ruang pentadbiran di tingkat dua, serta perpustakaan di tingkat satu. Selain itu, terdapat juga sebuah kantin dan sebuah setor bagi kegunaan harian.
Di kawasan yang sama, terdapat dua blok bangunan kayu yang kini sedang dalam proses pengubahsuaian untuk dijadikan enam buah makmal bagi menampung keperluan kursus DPIM, DIS, Pra-Kejuruteraan serta kursus-kursus lain di bawah Kajian Sains Gunaan. Sebuah lagi blok bangunan kayu dua tingkat akan turut diubah suai untuk dijadikan Asrama Perempuan. Sementara itu, sebuah bangunan kayu lain digunakan sebagai pusat riadah bagi kemudahan warga kampus.

Turut menyokong sejarah kampus Kuantan ini adalah melalui Pengkisahan Sejarah Penubuhan Kampus Kuantan UiTM Pahang yang diadakan secara langsung melalui platform Youtube pada 13 Oktober 2025 (Isnin) pada jam 10:00 pagi oleh 2 orang panel iaitu Encik Azaly Bin Md. Lazim (Pesara) dan Encik Mat Zaid Bin Yazid (Penolong Pendaftar Kanan (Kokurikulum) UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka dan dimudahcara oleh Encik Mohd Anwar Bin Hassim (Pustakawan Kanan) UiTM Cawangan Pahang. Program ini telah dianjurkan oleh Perpustakaan Al- Bukhari, UiTM Pahang, Kampus Jengka yang bertujuan untuk mengkaji beberapa maklumat tambahan sejarah berkaitan dengan Penubuhan Kampus Kuantan, UiTM Pahang.

Pembukaan bicara program oleh moderator Encik Mohd Anwar Bin Hassim (Kiri), Encik Azaly Bin Md. Lazim (Tengah) & Encik Mat Zaid Bin Yazid (Kanan)
Mengikut pada perkongsian oleh Encik Azaly Bin Md.Lazim, Kampus Kuantan UiTM Pahang telah dibuka pada Januari 1985 yang ditempatkan di Pantai Gelora, Jalan Teluk Sisek, Kuantan, Pahang. Dimulai dengan penyewaan sebuah bangunan lama iaitu Bangunan MARA yang mempunyai 4-5 tingkat. Antara sejarah menarik yang dikongsikan oleh beliau ialah sejarah perkhidmatan beliau pada zaman Institut Teknologi MARA (ITM) yang bermula dari ITM Kampus Shah Alam sehingga berpindah ke ITM Kampus Kuantan. Institut Teknologi MARA (ITM) memulakan pembukaan Kampus Cawangan yang terdiri daripada 3 cawangan iaitu di Johor, Melaka & Pahang. Menurut Encik Azaly, beliau telah berpindah ke Kampus Kuantan pada tahun 1984 bagi kemasukan staf (Peringkat Pertama) yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran.

Perkongsian sejarah daripada Panel 1, Encik Azaly Bin Md. Lazim
Antaranya cabaran yang dihadapi oleh beliau ialah dari segi perjalanan beliau daripada Shah Alam ke Kuantan mengambil masa lebih kurang 5 jam di mana keadaan jalan yang sempit dan mencabar dengan pengangkutan barang serta keperluan yang dibawa untuk memenuhi kemudahan di Kampus Kuantan ketika itu. Beliau telah ditugaskan di Kampus Kuantan sebagai seorang Pelayan Perpustakaan. Keadaan di awal penubuhan Kampus Kuantan agak mencabar bagi beliau untuk mencipta segala prasarana dan menyiapkannya sebagai staf kumpulan pertama pada ketika itu. Ini adalah kerana bangunan sewaan oleh pihak ITM tersebut kosong dan tidak mempunyai sebarang kelengkapan dan kemudahan.

Perkongsian sejarah daripada Panel 2, Encik Mat Zaid Bin Yazid
Menurut Encik Mat Zaid pula, beliau telah bertugas di Kampus Kuantan pada 7 Mac 1989 sebagai seorang Kerani Harian iaitu di Bahagian Kewangan (Pejabat Bendahari). Beliau juga berkongsi mengenai satu pengangkutan pada masa itu dipanggil sebagai "Transport Pin" yang bertujuan untuk mengangkut segala kelengkapan dan barang ke Kampus Kuantan bagi memenuhi bangunan kampus tersebut. Kekangan pada masa itu juga adalah jumlah staf yang hanya terdiri daripada 14 hingga 15 orang. Pada tahun 1986, kemasukan bagi pengambilan pelajar baharu telah bermula tetapi terdapat sedikit cabaran buat para pelajar pada masa itu kerana mereka perlu menduduki asrama (Kolej Kediaman) di Bukit Sekilau kerana di dalam Kampus Kuantan tidak mempunyai asrama (Kolej Kediaman).
Saksikan semula detik bersejarah majlis ini melalui rakaman siaran langsung di Youtube Perpustakaan UiTM Pahang serta hayati sejarah penubuhan awal ITM Cawangan Pahang serta kenali Barisan Peneraju yang telah memimpin kampus ini.
Rujukan :
- Dokumen Taklimat Institut Teknologi MARA Cawangan Pahang Kepada Pengerusi Dan Ahli-Ahli Majlis Institut Teknologi MARA 1985. Koleksi Bahagian Arkib Universiti
- Melakar Peristiwa : Pengkisahan Sejarah Kampus-kampus ITM-UiTM. Koleksi Bahagian Arkib Universiti
- Koleksi foto peribadi warga UiTM