Majlis Perasmian makmal Big Data Lab@UiTM dan pusat kecemerlangan penyelidikan Advance Analytics Engineering Centre (AAEC) telah dilaksanakan dengan jayanya. Peristiwa penting ini merupakan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi, FSKM UiTM dan Kumpulan Prestariang Berhad menerusi gabungan  pengetahuan, kepakaran dan pengalaman dalam bidang Big Data Analytics. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi pada 25 Mei 2017 di Fakulti Sains Komputer & Matematik, UiTM Shah Alam.

Yang Berhormat Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi beramah mesra bersama kumpulan mahasiswa sebelum Majlis Perasmian.
Yang Berhormat Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi menyempurnakan simbolik perasmian dengan menandatangani plak digital Big Data Lab @UiTM.
Yang Berhormat Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi bersama Profesor Emeritus Dato' Dr. Hassan Said (Naib Canselor UiTM, barisan pengurusan Fakulti serta tetamu kehormat di hadapan Big Data Lab@UiTM
Yang Berhormat Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi menandatangani karikatur di Big Data Lab UiTM@UiTM
Lawatan Yang Berhormat Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi ke Big Data Lab@UiTM

Sumber : Laman web Fakulti Sains Komputer dan Matematik

powered by social2s