๐ˆ๐ง๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐ƒ๐š๐ซ๐ข ๐€๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐ง๐ข: ๐˜๐ ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐š๐ก๐š๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐š ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐”๐ข๐“๐Œ
ย 
Bicara Tokoh Alumni bersama YB Datoโ€™ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam pada 29 September 2025 sempena Minggu Destini Siswa (MDS) Sesi Akademik Oktober 2025 โ€“ Februari 2026. Dalam perkongsian tersebut, YB Menteri mengenang pengalaman ketika menuntut di ITM, yang kini dikenali sebagai UiTM, serta menyampaikan mengenai peranan kementerian dalam memperkasakan wanita, keluarga dan masyarakat. Majlis turut menyaksikan peluncuran Tabung Kasih Siswa UiTM oleh YB Menteri sebagai inisiatif kebajikan untuk membantu meringankan beban pelajar.
ย 

Dalam ucapan beliau, YB Menteri menegaskan UiTM terus menjadi pemangkin mobiliti sosial bagi anak bangsa โ€” membuka ruang dan peluang untuk mengubah kehidupan melalui ilmu. Dengan akses pendidikan yang inklusif, pelajar dapat menikmati pelbagai kemudahan seperti biasiswa, pinjaman PTPTN serta program pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning) yang memberi peluang kedua kepada semua lapisan masyarakat.

Dalam perjalanan menimba ilmu, mahasiswa kini berdepan cabaran kos sara hidup dan kesihatan mental. Namun, pelbagai inisiatif sokongan disediakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) seperti Talian Kasih, Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) di bawah Yayasan Kebajikan Negara serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang sentiasa prihatin terhadap kesejahteraan pelajar. Kesedaran terhadap keselamatan diri dan maruah mahasiswa juga perlu menjadi keutamaan dalam membina jati diri unggul.

Hargai peluang menuntut ilmu di UiTM dan jangan takut kepada kegagalan kerana setiap kegagalan adalah batu loncatan menuju kejayaan. Seimbangkan kehidupan antara akademik, sosial dan tanggungjawab kepada masyarakat. Jadilah generasi berjiwa besar, berilmu dan berakhlak mulia demi membina Malaysia MADANI yang sejahtera dan berdaya saing.

Naib Canselor UiTM, YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin menyampaikan cenderamata mafla Alumni UiTM kepada YB Datoโ€™ Sri Hajah Nancy Shukri
YB Datoโ€™ Sri Hajah Nancy Shukri menyampaikan perkongsian ilmu dan pengalaman bergelar penuntut ITM sempena Minggu Destini Siswa (MDS) Sesi Akademik Oktober 2025 โ€“ Februari 2026ย 
Antara petikan slaid Bicara Tokoh : Pemantapan Sosial & Institusi Kekeluargaan oleh Datoโ€™ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

YB Datoโ€™ Sri Hajah Nancy Shukri melancarkan Tabung Kasih Siswa UiTM disaksikan oleh Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar) (kiri) dan Saudara Muhammad Haziq Sabri, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam (kanan)

Ikuti artikel lain berkenaan alumni YB Datoโ€™ Sri Hajah Nancy Shukri di pautan Yang Berbahagia Datoโ€™ Sri Hajah Nancy binti Haji Shukri โ€œYou craft your own destinyโ€ dan Prominent alumni: YB Dato' Sri Hajah Nancy binti Haji Shukriย 

powered by social2s