Bangunan The Institute of Leadership & Development (ILD) UiTM Bandar Enstek, Negeri Sembilan pada 2025

Penubuhan ILD UiTM pada asalnya melibatkan dua bahagian, iaitu Bahagian Latihan, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPbSM), Pejabat Pendaftar, dan Institut Kepimpinan dan Pengurusan Kualiti/Institute of Leadership and Quality Management (ILQaM).

Selepas semakan fungsi dan operasi seluruh UiTM, kedua-dua entiti ini digabungkan untuk membentuk ILD UiTM. Semasa penubuhannya pada Julai 2015, fungsi utama institut ini adalah untuk memastikan semua program latihan dan pembangunan memenuhi keperluan semasa universiti dalam kursusnya untuk melahirkan kakitangan yang mempunyai prestasi cemerlang serta kemahiran kepimpinan yang cemerlang. Institut Kepimpinan & Pembangunan (ILD) UiTM telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, mantan Menteri Pengajian Tinggi, Malaysia pada 23 Ogos 2016 di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan. Kerja-kerja pembinaan kampus bermula pada 2012 di bawah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dan diserahkan kepada UiTM pada 22 Julai 2016. ILD UiTM telah memulakan operasi sepenuhnya bermula pada 1 Ogos 2016. Ikuti sejarah pembangunan ILD Bandar Enstek di https://library.uitm.edu.my/uitmmemory/bangunan/the-institute-of-leadership-development-ild-uitm-bandar-enstek.

ILD UiTM menjalankan program kepimpinan dan pembangunan staf untuk semua warga kerja UiTM. ILD UiTM juga mengalu-alukan sektor awam serta agensi swasta yang lain untuk menggunakan kemudahannya pada kadar harga yang kompetitif.

Institute of Leadership & Quality Advancement (iLQAM) semasa di UiTM Shah Alam pada tahun 2003

Berikut merupakan kronologi penubuhan ILD  bermula tahun 2003 hingga kini :

Tarikh / Tahun Peristiwa
2003 Penubuhan Institute of Leadership & Quality Advancement (iLQAM)
2010 – 2011 Kelulusan daripada Kementerian dan UiTM untuk pembinaan bangunan baharu
5 Mei 2014 Cadangan penggabungan JPbSM, Pusat Latihan UiTM dan iLQAM oleh Majlis Eksekutif UiTM
16 Julai 2016 Kelulusan Lembaga Pengarah Universiti untuk penggabungan
22 Julai 2016 Penyerahan bangunan ILD UiTM di Bandar Enstek
23 Ogos 2016 Perasmian Institut Kepimpinan UiTM (ILD) Bandar Enstek oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, mantan Menteri Pengajian Tinggi, Malaysia

 

Perasmian Institut Kepimpinan UiTM (ILD) Bandar Enstek oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, mantan Menteri Pengajian Tinggi, Malaysia (Kanan) disaksikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Academician Ir. (Dr.) Ahmad Zaidee Laidin, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM (Dua dari kanan), YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said, Naib Canselor UiTM (Dua dari kiri) dan Profesor Dr Azni Zain Ahmed, Penolong Naib Canselor ILD UiTM (Kiri)

Sejak penubuhannya, The Institute of Leadership & Development (ILD) Universiti Teknologi MARA telah diterajui oleh barisan kepimpinan yang berwibawa dan berdedikasi dalam membentuk landskap pembangunan kepimpinan strategik di UiTM. Setiap peneraju berikut telah memainkan peranan penting dalam merintis transformasi, merangka dasar pembangunan sumber manusia, dan melonjakkan kecemerlangan institusi.

 

Bil Nama Jawatan Tempoh Perkhidmatan
1 Profesor Dr. Azni Ahmed Penolong Naib Canselor 15 April 2016 – 14 April 2018
2 Profesor Dr. Fauziah Noordin Penolong Naib Canselor 15 April 2018 – 14 April 2020
3 Profesor Datuk Dr. Mizan Hitam Penolong Naib Canselor 15 April 2020 – 11 April 2025
4 Profesor Dr. Yarina Ahmad Penolong Naib Canselor 1 Mei 2025 – Sehingga kini

 

Sumber : Institut Kepimpinan dan Pembangunan Universiti Teknologi MARA (UiTM)