Sejarah penubuhan dan evolusi Institute of Continuing Education and Professional Studies (iCEPS), UiTM dalam usaha memperluas akses pendidikan tinggi telah berkembang seiring dengan perubahan zaman dan teknologi.
Tahun | Aktiviti |
1973 | Ditubuhkan di ITM Jalan Othman dengan nama Kajian Luar Kampus (KLK). |
1990 | Ditukar nama kepada Pusat Pendidikan Luar (PPL) selaras dengan penawaran program pendidikan jarak jauh (PJJ) sebagai mod baharu ke seluruh cawangan ITM. |
1996 | Unit Francais UiTM diwujudkan di bawah Pejabat Perhubungan Luar & Antarabangsa. |
1998 | Ditukar nama kepada Pusat Pendidikan Lanjutan (PPL) apabila program PJJ secara elektronik mula diperkenalkan. Pada masa yang sama program luar kampus diserah kepada fakulti yang berkaitan. |
1999 | Unit Francais ditukar nama kepada Unit Program Usahasama. |
2001 | Nama PPL telah ditukar kepada Pusat Perkembangan Pendidikan (Education Development Centre – EDC) dan menggabungkan dua unit yang terdiri dari Unit Pendidikan Jarak Jauh dan Unit Program Usahasama. |
2002 | Penubuhan Unit Program Jangka Pendek. |
2003 | Pusat Perkembangan Pendidikan (EDC) dinaik taraf kepada Institut Perkembangan Pendidikan (Institute of Education Development - InED) dan selaras dengan perubahan tersebut, Unit Pendidikan di bawah naungannya dinamakan Pusat Pendidikan Jarak Jauh (PPJJ), Pusat Pendidikan Usahasama (PPU) dan Pusat Pendidikan Berterusan (PPB). |
2009 | Dipusatkan juga di bawah InED berkuatkuasa 1 Julai 2009. |
1 Julai 2011 | Penstrukturan semula Institut Perkembangan Pendidikan (InED). |
2012 | Institut Perkembangan Pendidikan (InED) sebagai Strategic Business Unit UiTM dan pertukaran nama kepada Institut Pendidikan Neo (iNED). |
1 Dis 2016 | Penggabungan, Penstrukturan Semula dan Penjenamaan Semula Institut Pendidikan Neo (iNED) dengan Pusat i-Learn berkuat kuasa 1 Disember 2016 dengan mengekalkan nama iNED. |
2019 | Perubahan nama Institut Pendidikan Neo (iNED) kepada Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS). Perubahan nama ini adalah sebahagian daripada strategi penjenamaan semula untuk memfokuskan pertumbuhan dipasaran tempatan dan antarabangsa. |
Kini | Operasi Institute of Continuing Education and Professional Studies (iCEPS) adalah di Level 2, UiTM-MTDC Technopreneur Centre, Universiti Teknologi MARA (UiTM) 40450 Shah Alam, Selangor bermula tahun 2021. |