Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) ITM pada 1986

Inisiatif KIK bermula pada tahun 80an, di mana kerajaan begitu bersungguh-sungguh untuk merealisasikan kreativiti, reka cipta dan inovasi di tempat kerja. Justeru, kerajaan menyarankan penubuhan Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dalam penyelesaian masalah organisasi. KMK bertujuan menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada anggo-ta Perkhidmatan Awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri. Untuk memberi fokus kepada KMK, kerajaan telah menukar namanya kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).

KMK telah diamalkan di UiTM sejak 1985 dan membuktikan kemampuannya untuk menghasilkan penyelesaian masalah kerja dan inovasi sistem kerja. Mulai 2006, KIK telah diterima sebagai salah satu alat pengurusan yang mudah difahami dan dilaksanakan oleh semua peringkat. staf. KIK menumpukan kepada penyelesaian punca-punca untuk menyelesaikan masalah atau mencari peluang penambahbaikan kepada proses sedia ada atau/dan memperkenalkan proses, produk atau perkhidmatan yang baru dengan memberi nilai tambah kepada sistem penyampaian perkhidmatan jabatan secara kreatif dan inovatif. KIK adalah sejajar dengan strategi pembangunan ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan daya saing mapan ke arah merealisasi iltizam UITM menjadi sebuah universiti bertaraf dunia menjelang 2025.

Perasmian Konvensyen KMK pada 9 Oktober 1996

Sejak pertama kali dianjurkan pada 9 Oktober 1996, program inovasi dan kualiti UiTM telah berkembang menjadi medan intelektual tahunan yang mempertemukan idea-idea baharu, pemikiran kreatif, dan usaha penambahbaikan berterusan dari seluruh warga universiti. Dengan setiap edisi, lokasi dan tema berbeza diperkenalkan, mencerminkan dinamika perubahan landskap pendidikan dan tuntutan global. Program ini bukan sekadar wacana tahunan, ia menjadi simbol komitmen UiTM terhadap kecemerlangan, inovasi dan daya saing institusi.

Setiap penganjuran membawa tema yang signifikan, mengangkat nilai inovasi sebagai nadi kecemerlangan universiti. Kini, dengan lebih dua dekad sejarah, program ini terus menjadi pentas strategik kepada warga UiTM dalam menyemarakkan budaya kerja cemerlang, inovasi tersusun, dan sinergi berimpak tinggi dalam menjulang UiTM ke persada global.

Bil. Penganjuran Tahun Penganjur Tempat
Pertama 9 Oktober 1996 Bahagian Latihan dan Biasiswa (BLB) ITM , Pejabat Pendaftar Shah Alam
Ke-2 6 Ogos 1997 Bahagian Pengurusan Kualiti, Pejabat Pendaftar Dewan Latihan Utama
Ke-3 1998 Bahagian Pengurusan Kualiti, Pejabat Pendaftar Pusat Latihan ITM, Kampung Gajah
Ke-4 1999 Bahagian Latihan dan Biasiswa (BLB), Pejabat Pendaftar Pusat Latihan ITM, Kampung Gajah
Ke-5 2000 BLPS, Pejabat Pendaftar Pusat Latihan UiTM, Kg.Gajah Perak
Ke-6 4-6 September 2001 BLPS, Pejabat Pendaftar Pusat Latihan UiTM, Kg.Gajah Perak
Ke-7 2002 BLPS, Pejabat Pendaftar Pusat Latihan UiTM, Kampung Gajah
Ke-8 2003 UiTM Kampus Dungun Hotel UiTM Dungun
Ke-9 3-4 Disember 2004 Bahagian Pengurusan Kualiti, Pejabat Pendaftar Pusat Latihan UiTM, Kampung Gajah
Ke-10 2005 Bahagian Pengurusan Kualiti, Pejabat Pendaftar Pusat Latihan UiTM, Kampung Gajah
Ke-11 2006 Bahagian Pengurusan Kualiti, Pejabat Pendaftar Pusat Latihan UiTM, Kampung Gajah
Ke-12 27-29 Ogos 2007 UiTM Cawangan Melaka Everly Resort Hotel, Tanjung Kling, Melaka
Ke-13 14-17 Oktober 2008 UiTM Cawangan Negeri Sembilan PNB Ilham Resort, Port Dickson
Ke-14 2-5 Disember 2009 UiTM Cawangan Perlis 
•  Tema : KIK Pemangkin Inovasi & Produktiviti UiTM

Dewan Seri Semarak UiTM Arau

Ke-15 19-22 November 2010 UiTM Cawangan Kelantan Gold Course Hotel, Klang
Ke-16 1-4 Disember 2011 UiTM Cawangan Johor   Hotel New York, Johor Baharu
Ke-17 8 - 11 Disember 2012 UiTM Cawangan Pahang   
•  Tema : Inovasi Pemacu Teknologi Global
Bukit Gambang City Resort
Ke-18 2-5 Disember 2013 UiTM Kampus Seri Iskandar, Perak Dewan Seri Iskandar (DSI)
Ke-19 20-22 Oktober 2014 UiTM Cawangan Melaka  A'Famosa Melaka
Ke-20 3-5 November 2015 UiTM Kampus Merbok 
•  Tema : Inovasi Berkualiti Pemacu Trans4masi
Hotel Adya, Langkawi
Ke-21 28-30 November 2016 Institute Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) 
•  Tema : Inovasi Pemangkin Kecemerlangan
Institut Kepimpinan Dan Pembangunan (ILD), Enstek
Ke-22 21-23 November 2017 Bahagian Hal EHwal Pelajar 
•  Tema : Inovasi Merealisasi Industri 4.0
Institut Kepimpinan Dan Pembangunan (ILD), Enstek
Ke-23 4-6 Disember 2018 UiTM Kampus Permatang Pauh 
•  Tema : Inovasi Merentas Horizon
Ixora Hotel Perai, P.Pinang
Ke-24 5-7 November 2019 UiTM Kampus Dungun, Terengganu 
•  Tema : IR4.0 Memacu Kelestarian Inovasi
Dewan Aspirasi UiTM Dungun
- 2020 Tiada penganjuran – digantikan dengan Pertandingan Idea Unggul UiTM (InQKA) 
•  Tema : Kebiasaaan Baharu, Jaminan Kelestarian UiTM
Atas Talian
Ke-25 25- 26 November 2021 UiTM Kampus Segamat, Johor
•  Tema : Kualiti dan Inovasi Melestari Sinergi dan Kecemerlangan Universiti
Atas Talian
Ke-26 17-18 Oktober 2022 UiTM Kampus Seri Iskandar, Perak
•  Tema : Transformasi Minda ke arah Inovasi Global
Dewan Seri Iskandar (DSI)
Ke-27 23-25 Oktober 2023 Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam
• Tema : Merealisasikan Daya Tahan Melalui Jaminan Kualiti
Anjung Seri Budiman
Ke-28 10 - 12 November 2024

UiTM Cawangan Kedah
• Tema : Kelestarian Kualiti Melalui Transformasi Inovasi

Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah
Ke-29 Oktober 2025 Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor UiTM Cawangan Selangor

 

Sumber : Sumber : Web page Konvensyen KIK UiTM ke -27 (https://library.uitm.edu.my/kik2023/index.php/anjung/tentang-kik-uitm/4-logo-kik)