Logo ini melambangkan komitmen UiTM dalam mengangkat budaya inovasi dan kreativiti sebagai sebahagian daripada mekanisme pengurusan yang strategik. Ia menyokong prinsip bahawa KIK merupakan pemacu penting dalam penjanaan nilai (value creation) untuk mencapai kecemerlangan universiti. Dilancarkan secara rasmi pada 29 Ogos 2007
oleh Penolong Naib Canselor InOKA, mewakili Naib Canselor UiTM. Logo direka oleh Encik Mohd Ridzuan Atan, Pembantu Penerbitan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan masih digunakan sehingga hari ini.

Sumber : Web page Konvensyen KIK UiTM ke -27 (https://library.uitm.edu.my/kik2023/index.php/anjung/tentang-kik-uitm/4-logo-kik)