Koleksi foto Bahagian Arkib Universiti mengimbau kembali kenangan suatu ketika dahulu di ITM Shah Alam, Sabah dan Perlis. Hari ini menandakan permulaan rasmi perjalanan mahasiswa di menara gading. Kelihatan komputer IBM era 80-an, lengkap dengan monitor kotak besar (CRT) sebagai 'hero' teknologi untuk memasukkan dan menguruskan data pendaftaran. Kaedah pembayaran menggunakan Mesin Daftar Tunai di setiap kaunter pembayaran bagi merekod proses pembayaran. Susuk tubuh Dewan Sri Budiman yang dahulu juga telah banyak berubah. 

Kad pelajar pula, terimalah seadanya hasil gambar tersebut untuk digunakan sepanjang tempoh pengajian di ITM.

Kini, semuanya tinggal kenangan yang kekal abadi dalam hati setiap alumni ITM.