Barisan panel juri diketuai oleh Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, YBrs. Profesor Dr. Yamin Yasin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBrs. Profesor Dr. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), YBrs. Profesor Ts. Sr. Dr. Md Yusof Hamid, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) dan YBrs. Profesor Ir. Ts. Dr. Juliana Johari, Ketua Pegawai Digital.

Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) merupakan model penilaian berasaskan Model Anugerah Malcolm Baldrige (Pendidikan) yang dijadikan rujukan oleh UiTM untuk menonjolkan amalan budaya kualiti di setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) melalui pelaporan pencapaian fakulti, jabatan dan kampus masing-masing. Model kecemerlangan ini memberi penekanan kepada aspek kepimpinan, perancangan strategik, fokus pelanggan, keutamaan ukuran dan analisis, pengurusan sumber manusia serta operasi proses, dengan tumpuan utama terhadap produk atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh PTJ terlibat. 

Pembentangan Akhir Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2025 telah berlangsung dengan penuh berprestij, menampilkan komitmen padu setiap pusat tanggungjawab dalam memperkukuh budaya kecemerlangan dan penambahbaikan berterusan di UiTM. Program ini menjadi medan penilaian terhadap inisiatif terbaik yang menunjukkan keberkesanan pengurusan, inovasi strategik dan impak positif terhadap pencapaian universiti. Setiap pembentangan memperlihatkan usaha gigih pasukan dalam mengangkat nilai kualiti, tadbir urus unggul serta amalan kerja berimpak tinggi selaras dengan aspirasi Pelan Strategik UiTM.  

Pembentangan oleh Fakulti Pengurusan dan Perniagaan yang dibentangkan oleh 

Profesor. Dr. Ts Shafinar Haji Ismail, Dekan Fakulti Pengurusan & Perniagaan

Pembentangan Akhir Anugerah Kualiti Naib Canselor telah berlangsung pada 30 Oktober 2025 di Dewan Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam yang melibatkan sebanyak 14 Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang terlibat untuk membentangkan pembentangan akhir AKNC 2025. Ketahui kisah di sebalik penubuhan serta evolusi anugerah berprestij ini di pautan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC).

14 Finalis Anugerah Kualiti Naib Canselor 2025

Perkongsian pandangan daripada barisan juri selepas sesi pembentangan yang dibicarakan oleh Naib Canselor UiTM YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin

Pembentangan oleh UiTM Cawangan Sabah yang dibentangkan oleh YBhg Profesor Madya Dr. Rozita @ Uji Mohammed, Rektor UiTM Cawangan Sabah

Pembentangan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam yang dibentangkan oleh Ts. Hj. Azizi Bin Jantan, Ketua Pustakawan UiTM
Pembentangan oleh UiTM Cawangan Perlis yang dibentangkan oleh Profesor Madya Dr Ahmad Nizan Bin Mat Noor, Rektor UiTM Cawangan Perlis Kampus Arau
Pembentangan oleh Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik & Matematik (KPPIM) yang dibentangkan oleh Profesor. Madya Dr. Norjansalika Janom, Timbalan Dekan Kolej Pengajian Pengkomputeran Informatik & Matematik UiTM
Pembentangan oleh Jabatan Pendaftar yang dibentangkan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia , Encik Nor Amiruddin Bin Mokhtaruddin
Pembentangan oleh Jabatan Bendahari yang dibentangkan oleh Cik Junita Jamaludin, Bendahari UiTM
Pembentangan oleh Fakulti Farmasi yang dibentangkan oleh Dekan Fakulti Farmasi, Profesor Dato' Dr. Abu Bakar Abdul Majeed
Pembentangan oleh Fakulti Alam Bina yang dibentangkan oleh Prof. Ts. Dr. Hajah Emma Marinie Ahmad Zawawi, Dekan Fakulti Alam Bina UiTM
Pembentangan oleh Fakulti Sains Gunaan yang dibentangkan oleh Profesor Dr. Mohd Rozi Ahmad yang merupakan Dekan Fakulti Sains Gunaan UiTM
Pembentangan oleh UiTM Cawangan Perak yang dibentangkan oleh Rektor UiTM Cawangan Perak, Profesor Madya Dr. Nur Hisham Ibrahim
Pembentangan oleh UiTM Cawangan Terengganu yang dibentangkan oleh Rektor UiTM Cawangan Terengganu, 

Dr. Ermeey bin Abd. Kadir

Pembentangan oleh Pusat Asasi UiTM yang dibentangkan oleh Pengarah Pusat Asasi UiTM, Profesor Dr. Zulkhairi Haji Amom
Pembentangan oleh Fakulti Sains Sukan & Rekreasi yang dibentangkan oleh Profesor Madya Dr. YM Raja Mohammed Firhad Raja Azidin yang merupakan Dekan Fakulti Sains Sukan & Rekreasi
Ulasan Juri daripada Timbalan Naib Canselor ( Akademik & Antarabangsa ) YBrs.Profesor Dr. Yamin Yasin
Sesi bergambar bersama barisan juri-juri, finalis PTJ yang bertanding serta seluruh warga UiTM di akhir majlis

 

 

powered by social2s