Perasmian Laman Arca MIM oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin
Perkataan Melayu bermula dengan huruf M, dan jika di eja dengan jawi, ia bermula dengan huruf MIM. Perkataan-perkataan lain yang berkaitan dengan Melayu juga banyak bermula dengan huruf ini.
Manifestasi ini telah pun direalisasikan dalam bentuk arca yang berdiri megah di laman berhadapan Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Teknologi MARA. la merupakan hasil cetusan idea Mantan Naib Canselor, YB Senator Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Abu Shah. Laman Arca MIM, berunsurkan Melayu tradisional, ialah nama yang diberi untuk laman tersebut.
Selain unsur tradisional, arca berbentuk MIM ini juga mempunyai elemen alam. Sebanyak 50 perkataan-perkataan positif yang disebut di atas, yang bermula dengan huruf M/MIM, ditatah atas permukaan batu-batu yang disusun menghiasi lanskap laman ini. la juga bersempena dengan ulang tahun UiTM yang ke-50, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Melayu yang ulung.
Sebagai lambang kepada perjuangan orang Melayu, turut disematkan juga kata-kata pemimpin dan pejuang bangsa dahulu. Kata-kata mereka dipilih agar dapat dijadikan rujukan dan refleksi orang Melayu sebagai asas dan sandaran, untuk meletakkan diri mereka sebagai bangsa yang disegani, berilmu dan bertamadun.
Menurut YB Senator, inspirasi untuk menghasilkan laman ini tercetus daripada kata-kata semangat ayahandanya antaranya :
"Ibrahim, orang Melayu itu selalu anggap banyak perkara negatif dalam hidup mereka sambil menegaskan "Orang Melayu Ini perlu ada kesedaran yang tinggi tentang sikap mereka”.
YB Senator berharap dengan terpahatnya perkataan-perkataan positif, semua lapisan masyarakat dapat memahami dan menilai erti perjuangan untuk mencapai sesuatu yang diinginkan, sehingga menjadi landasan pegangan agar terus maju, gemilang dan terbilang.
Laman Arca MIM ini juga boleh diinterpretasikan sebagai cabaran kepada orang Melayu secara berterusan untuk mengubah keadaan mereka sekarang kepada yang lebih balk, dan tidak lagi berfikiran negatif, seperti dalam Firman Allah SWT di dalam surah Ar-Rad yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum hingga merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri "
Pandangan ke Pintu Masuk Utama UiTM
Pemandangan Sekitar Laman Arca MIM
Sumber :
- Laman Arca Mim – Manisfestasi Falsafah Bangsa Melayu, Ibrahim Shah
- Falsafah Mim – Membina Minda Melayu, Ibrahim Shah