Dataran Tuanku Fauziah terletak di sebelah kanan dari jalan masuk menuju ke bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam dan diperkenalkan bersempena Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang ke-12, Tuanku Fauziah binti Almarhum Tuanku Abdul Rashid yang ditabalkan pada 25 April 2002. Pembinaan dataran ini merupakan salah satu usaha UiTM sebagai sebuah institusi untuk menggalakkan apresiasi terhadap alam semula jadi di dalam kampus dengan berkonsepkan lanskap taman dan tasik buatan manusia yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan hijau dengan keindahan alami di sekitar kawasannya.
Dataran ini dibina sebagai pelengkap pandangan buat pengunjung yang menuju ke Bangunan Canseleri.
Sumber
- Jabatan Komunikasi UiTM. (2022). Mercu Dirgahayu. https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65529